September 15th, 2009 by Teresa Press

DAP tidak pinggir Melayu
SHAH ALAM – Kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bahawa DAP memperalat Melayu bagi meraih undi untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang, mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan ahli parti berkenaan yang berbangsa Melayu.
Kenyataan itu timbul apabila Shahrizat yang juga Ketua Wanita UMNO mendakwa DAP banyak memenangi kawasan yang mempunyai majoriti Melayu seperti di Parlimen Serdang, Parlimen Puchong dan juga Parlimen Klang, yang mana ramai pengundinya lebih 40 peratus Melayu.

Azli Idris, Ahli Majlis Kuala Selangor (DAP)
Ahli Jawatankuasa DAP Kuala Selangor, Azli Idris berkata, kenyataan Shahrizat dalam Sinar Harian S2 edisi kelmarin itu juga disifatkannya berbau perkauman dan bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang disaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Continue Reading »
Posted in Uncategorized | 1 Comment »
September 15th, 2009 by Teresa Press
Beberapa hari yang lalu, saya mendapat berita bahawa berlaku kebakaran di Kampung Tengah Batu 13 (kawasan DUN Kinrara), dan rumah salah seorang penduduk di situ telah habis terbakar. Lantas saya segera menghubungi beberapa organisasi untuk menghulurkan bantuan kepada mereka.

Pada pagi ini, saya berkesempatan bertemu dengan penduduk yang berkenaan di lokasi kebakaran tersebut, bersama dengan beberapa orang pegawai Majlis Daerah Petaling, ahli majlis MPSJ dan Pastor Timothy Low dari Eagle Point Church, Puchong Jaya. Continue Reading »
Posted in Kinrara, Puchong, Uncategorized | 6 Comments »
September 15th, 2009 by Teresa Press
Melayu sertai DAP bukan ancaman
KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bimbang dengan langkah DAP Selangor yang membuka keahlian kepada orang Islam yang turut disokong oleh Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hassan Mohd Ali.
Beliau berkata, langkah itu bukanlah satu ancaman bagi Pas kerana DAP dan parti itu serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) bergabung dalam satu pakatan.
“Dia (DAP) nak buka tu buka la. Orang nak terima itu dia punya fasal. Kalau nak sebut masalah ancaman tu biar dulu kerana DAP, Pas, PKR sedang bergabung dalam satu pakatan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kutipan Wakaf/Dera Tapa Masjid Al-Hussain bandar Baru Tunjung dekat sini, semalam.
Continue Reading »
Posted in DAP (行动党), Pakatan, Uncategorized | 1 Comment »
September 14th, 2009 by Teresa Press
Kenyataan Media
Tunku Abdul Aziz, Naib Pengerusi DAP
14 September 2009
Shahrizat, hentikan kenyataan mengapi-apikan perkauman
Parti Tindakan Demokratik (DAP) kesal dengan pembohongan Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mendakwa kononnya DAP memperalatkan orang Melayu.
Shahrizat mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas itu kerana beliau sebenarnya takut melihat sambutan orang Melayu terhadap DAP, terutamanya dengan penubuhan cawangan DAP yang dipimpin oleh orang Melayu yang pertama di Selangor.
Ini adalah bukti di mana UMNO semakin bimbang kehilangan sokongan orang Melayu. Baru wujud satu sahaja cawangan DAP yang majoritinya orang Melayu di Selangor, UMNO sudah pun ketakutan.
Continue Reading »
Posted in Uncategorized | 18 Comments »
September 14th, 2009 by Teresa Media
by Jade Chan, Star, 14 Sept.
RESIDENTS of Taman Kinrara Section 2 Apartment in Kinrara, Puchong, are grateful that their woes have been resolved after a decade of having to put up with poor drainage.
Residents association chairman Rohaizan Khamis said residents from the 200 apartments have had to endure the stench from the drain’s stagnant water, as well as occasional health problems like dengue, since 1999.
“If it rains for an hour, water from the drain will overflow into our apartments,” he said.
“The previous assemblyman got the drain covered with a thin metal sheet during the last election, but the sheet rusted and broke up eventually.” Continue Reading »
Posted in Kinrara | 3 Comments »
September 12th, 2009 by Teresa Press

Masjid Al-Ehsan, Kinrara (Foto disalin daripada blog Ikan Tongkol dengan ucapan terima kasih)

Hari ini ialah 12 September 2009, iaitu ulang tahun pertama penahanan ISA saya akibat tuduhan palsu yang dilemparkan oleh orang UMNO di Selangor terhadap saya bahawa kononnya saya melarang laungan azan di Masjid Al-Ehsan di Bandar Kinrara, Puchong. Continue Reading »
Posted in Puchong, religion | 18 Comments »
September 11th, 2009 by Teresa Press

Sila “Right click” dan “View Image” untuk mempebesarkan gambar di atas.
Sebagai pembetulan kecil kepada headline, majlis ini meraikan penubuhan “cawangan” Melayu DAP yang pertama di Selangor, bukannya ahli Melayu yang pertama. Terima kasih.
Laporan berita dari akhbar Sinar Harian, 11 September 2009
Posted in DAP (行动党), In the News, Kinrara | 8 Comments »
September 11th, 2009 by Teresa Press
Mempersembahkan buah kurma sebagai cenderahati bulan Ramadan. Selamat berpuasa kepada kepada muslimin dan muslimah.
Continue Reading »
Posted in DAP (行动党), Kinrara | 6 Comments »