RSS Subscription

PERTANYAAN: LISAN
TARIKH: 23 JUN 2009 (SELASA)

SOALAN :
Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bilakah Kementerian akan membentangkan peraturan (regulations) yang sepatutnya terkandung di dalam Building and Common Property (Maintenance & Management Act 2007). Apakah Pesuruhjaya Bangunan (Commission Of Buildings) boleh mendakwa pemaju yang enggan mengikut arahannya berdasarkan Seksyen 17(7) dalam akta tersebut.

JAWAPAN :
Tuan Yang Di-Pertua.

Terima kasih diucapkan kepada Ahli Yang Berhormat atas soalan ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang menyediakan empat peraturan-peraturan (regulations) di bawah Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan 2007 (Akta 663). Di samping itu, KPKT juga sedang meneliti dan mengkaji peraturan-peraturan lain yang perlu dibuat bagi mempastikan Akta 663 dapat dikuatkuasakan dengan berkesan. Continue Reading »

PERTANYAAN: LISAN
TARIKH: 22 JUN 2009 (ISNIN)
SOALAN NO.: 12

SOALAN :
Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kenapakah Akta Eksais diletakkan di bawah bidang kuasa Majlis Daerah dan bukannya di bawah Yang DiPertua Majlis Perbandaran. Bukankah Majlis Perbandaran mempunyai kuasa yang lebih terus ke atas isu-isu yang termaktub dalam Akta Eksais berbanding dengan Majlis Daerah.

JAWAPAN :

Tuan Yang Di-Pertua.

Untuk makluman Yang Berhormat, Akta Eksais 1976 terletak di bawah Kuasa Menteri Kewangan. Jabatan yang mentadbir Akta ini adalah Kastam DiRaja Malaysia. Menteri Kewangan telah menurunkan kuasa bagi tujuan pengeluaran lesen menjual minuman keras sama ada secara runcit atau borong kepada Lembaga Pelesenan di mana Pengerusi dan ahli-ahlinya dilantik oleh Menteri Kewangan mengikut kawasan. Oleh itu, anggapan Yang Berhormat bahawa Akta Eksais terletak di bawah bidang kuasa Majlis Daerah ataupun Majlis Perbandaran adalah tidak tepat.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TERESA KOK SUH SIM (SEPUTEH)
TARIKH : 18 JUN 2009 (KHAMIS)

SOALAN :

Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan nama bekas anggota Komunis yang dibenarkan balik ke Malaysia dan nama yang ditolak untuk pulang ke Malaysia. Nyatakan kriteria yang ditetapkan oleh pihak Kementerian untuk membenarkan dan menolak bekas anggota Komunis untuk pulang ke Malaysia.

JAWAPAN:

Tuan Yang Dipertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Seputeh yang mengemukakan soalan.

Untuk makluman Yang Berhormat, proses kepulangan bekas-bekas anggota Komunis ke Malaysia adalah berdasarkan tawaran one-off di bawah perjanjian untuk menghentikan peperangan di antara Kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis Malaysia (PKM) yang ditandatangani pada 2 Disember 1989.

Di bawah perjanjian tersebut, mana-mana ahli PKM yang ingin kembali ke Malayisia perlu mematuhi beberapa syarat seperti: Continue Reading »

PERTANYAAN: Lisan

DARIPADA: YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh)

TARIKH: 15 JUN 2009

SOALAN: Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah kerajaan mempunyai kod etika penggunaan laman web Kerajaan oleh pegawai Kerajaan di pejabat mereka. Sila nyatakan laman web yang telah dilarang oleh Kerajaan untuk dilawat oleh pegawai Kerajaan dengan perkhidmatan Internet Kerajaan dan jumlah penulis laman web yang telah diambil tindakan oleh pihak Kerajaan setakat ini.

JAWAPAN:

Tuan Yang diPertua,
Kerajaan telah mengeluarkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awan Bilangan 1 Tahun 2003 bertajuk Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet Dan Mel Elektronik Di Agensi-Agensi Kerajaan dan boleh dicapai di Laman Web MAMPU http://mampu.gov.my. Ini sebagai panduan kepada Penjawat Awam terhadap penggunaan kemudahan internet. Continue Reading »

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TERESA KOK SUH SIM
TARIKH : 16 JUN 2009 (SELASA)

SOALAN :
Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bilangan anak pelarian yang belajar di sekolah rendah dan sekolah menengah di Negara kita dan prosedur memasuki sekolah tempatan. Memandangkan keturunan pelarian dan orang asing tanpa izin di Negara kita ini semakin meningkat, bagaimanakah kerajaan menangani masalah pendidikan di kalangan keturunan orang asing tanpa izin dan pelarian tersebut.

JAWAPAN :

Tuan Yang Di-Pertua.

Kementarian Pelajaran Malaysia (KPM) menghargai sumbangan kementerian-kementerian lain dan pihak NGO dalam usaha menangani isu pendidikan golongan pelarian dan pemohon perlindungan. Walau bagaimanapun, pada masa ini Kerajaan masih mengkaji secara terperinci implikasi sekiranya kanak-kanak daripada golongan ini diterima masuk untuk belajar di sekolah kerajaan. Sehubungan itu, satu kajian menyeluruh berkaitan “Pendidikan Kanak-Kanak Tanpa Dokumen Pengenalan Diri Di Malaysia” sedang dijalankan sekarang oleh KPM. Namun, pada masa ini kanak-kanak tersebut mendapat pendidikan yang disediakan oleh pihak NGO dan sukarelawan daripada kaum pendatang dengan kerjasama UNHCR. Agensi Kerajaan juga ada menyediakan pendidikan seperti yang dilakukan oleh Pasukan Petugas Khas Persekutuan (Sabah dan Labuan), Majlis Keselamatan Negara bagi kanak-kanak tanpa dokumen di Sabah dan Labuan.

The standing committee of investment, trade & industry will be organizing a half a day seminar on liberalization of Malaysian professional services & global economic slowdown as follows:-

Date : 18 June 2009 (Thursday)

Time : 2.30pm – 5.30pm

Venue : Crystal Crown Hotel, PJ
12, Lorong Utara A, Off Jalan Utara, 46200 Petaling Jaya.

Speakers :

1. Ir. Rocky Wong, Chairman-Institution of Engineers (IEM), Malaysia

2. Mdm Jauriah bt. Abd Ghani, Director-Malaysian Industrial Development Authority (MIDA), Selangor

Fee : RM50.00 per pax (Tea Break included)

RSVP : Before 16 June 2009 (Tues)
Tel: 03-5544 7311

Fax: 03-5519 3337

Email: mandyooi@selangor.gov.my

The main objective of the seminar is to brief on the shifting paradigm of globalization, liberalization, deregulation and the current mood for more regulations & controls (especially the financial/Wall-street sector) which could slide into protectionism and such global trends will have strong impact on our economy.

We would like to invite you & members of your organization to participate in the seminar.

Registration Form Continue Reading »

Kenyataan akhbar Teresa Kok, Setiausaha Kebangsaan Wanita DAP merangkap Ahli Parlimen Seputeh pada 8 Jun 2009

DAP memandang serius terhadap usul yang diluluskan di Muktamar PAS hari ini untuk mendesak Kerajaan supaya mengharamkan pertubuhan Sisters In Islam (SIS) jika didapati ia melanggar ajaran Islam sebagaimana yang diamalkan oleh PAS.

Sebagai rakan Pakatan Rakyat, PAS sepatutnya berpegang kepada prinsip demokrasi, kebebasan bersuara dan kebebasan berpersatuan yang kita perjuangkan bersama. Berbeza pendapat bukan bererti berperang; ia adalah sifat semulajadi manusia.

Sikap mahu mengharamkan sesuatu adalah sifat UMNO dan Barisan Nasional yang patut kita tolak kerana ia bertentangan dengan hak asasi manusia serta melanggar hak-hak kebebasan sejagat. Continue Reading »

Every year when JPA announced its scholarships to those who obtained excellent results in SPM, we will normally see a number of high achievers appear in papers together with their parents and complaint about not getting JPA scholarships despite getting results with flying colors.

Most of these high achievers have more than 10As, and each time, MCA Youth will come out to champion for these students, then both opposition and BN will have a round of hoo-ha in the media.

I am quite surprised to see that Muhyiddin resolve the problem by restricting the exam papers that can be taken by students in SPM.  Well, will this measure help to resolve the problem? Continue Reading »

« Prev - Next »