RSS Subscription

Today I managed to speak for 15 minutes in Parliament in the 2018 budget debate. One of the issues I spoke was about the way IRB chased after business people on income tax. I raised some examples and blasted the manner IRB officers carried out their duties. My speech on this issue is as follow: —
********************************************************************** ****************
Datuk yang diPertua, bajet 2018 yang mengandungi anggaran perbelanjaan berjumlah RM282.25 bilion digelar sebagai “Mother of all budgets”. Memandangkan perbelanjaan dalam bajet ini adalah lebih kurang RM21.45 bilion lebih tinggi berbanding dengan bajet 2017.

Memandangkan pendapatan kasar negara kita tidak bertambah, kita haruslah bimbang tentang hutang negara yang kelihatan akan meningkat lebih tinggi berbanding dengan tahun-tahun yang lepas. Mengikut laporan ekonomi 2010 – 2018, hutang negara pada tahun 2016 ialah RM648.5 bilion manakala tahun pada tahun 2017 ialah RM685.1 bilion. Ini bermaksud, hutang negara pada tahun 2017 telah meningkat sebanyak RM36.6 bilion berbanding dengan tahun 2016.

Sikap dan Cara Pengutipan Cukai LHDN Yang Kasar
Saya faham peranan pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) adalah penting untuk mendapat dana yang cukup untuk membiayai segala perbelanjaan kerajaan.

Di sini, saya bangkitkan banyak pihak tentang cara pengutipan cukai oleh pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang kasar. Ramai professional dan orang bisnes berpendapat LHDN tidak professional dan kadang-kadang seolah-olah ¬¬menjalankan tugas dengan motif politik.

Saya ingin mengemukan beberapa aduan seperti berikut:

1) Pegawai LHDN menziarahi seorang bisnes dan menghendaki beliau menunjukkan semua kenyataan bank termasuk semua bil pembayaran pada 7 tahun yang lepas dalam tempoh 2 minggu. Mereka selalunya sebut satu angka yang dikatakan cukai yang dihutangi oleh orang yang disiasat tersebut, misalnya RM100 ribu, dan orang yang disiasat oleh LHDN itu dikehendaki menggaji akauntan untuk membuat pengiraan semua akaunnya dalam 7 tahun yang lepas, dan dia kena tunjukkan bukti bahawa beliau sebenarnya tidak menghutangi cukai dengan LHDN. Kalau tidak, dia dipaksa untuk bayar amaun cukai yang dihutangi dan kena bayar penalti 50% amaun yang dihutangi juga.

Ini bermaksud sekiranya seseorang itu hutang cukai RM100K, maka dia akan dipaksa bayar RM150K kepada LHDN.

Datuk yang diPertua, bukan semua orang simpan semua bil bayaran syarikatnya. Selain itu, cara pengiraan akaun berbeza di kalangan akauntan juga.

Apa yang penting ialah samada seseorang itu mempunyai niat untuk hutang bayaran cukai LHDN ataupun tidak. Seseorang itu haruslah diberi peluang untuk membuat rayuan kepada Ketua Pengarah LHDN dan pihak Ketua Pengarah seharusnya dengan rayuan orang yang disiasat terlebih dahulu sebelum dia bayar. Keadaan sekarangya ialah seseorang dipaksa untuk jelaskan cukai yang dihutang terlebih dahulu, lepas itu baru dia boleh buat rayuan kepada Ketua Pengarah LHDN. Ini memang tidak adil.

2) Seorang peniaga kecil pernah tubuhkan satu syarikat untuk satu perniagaannya 10 tahun yang lepas, selepas itu dia minta seorang “runner” untuk menutup syarikatnya kerana bisnesnya tidak baik, tetapi runner itu nampaknya tidak menjalankan tugas dengan baik dan syarikat itu tidak ditutup dengan rasminya.

Pada beberapa bulan yang lepas, polis datang menangkapnya atas arahan LHDN dengan alasan beliau tidak jelaskan cukai syarikat lamanya selama 10 tahun, kerana kononnya LHDN telah hantar notis minta bayaran cukai ke alamat syarikat lama yang tidak lagi dioperasi olehnya.

Bukankah cara LHDN seperti ini merupakan satu bentuk ugutan terhadap seseorang peniaga kecil yang telah mengalami kesusahan dalam perniagaan bekas syarikatnya?

3) Ramai peniaga yang dianggap kawan kepada ahli politik parti pembangkang menghadapi banyak kesusahan dan ugutan daripada LHDN. Laporan akhbar tentang apa yang berlaku pada pengerusi eksekutif dan pemegang saham utama Country Heights Holdings Berhad, Tan Sri Lee Kim Yew adalah kes yang paling jelas.

Mengikut laporan akhbar pada bulan Mei tahun ini, LHDN serbu fixed deposit Tan Sri Lee Kim Yew sebanyak RM126 juta yang disimpan di satu bank milikan asing kerana kononnya anak syarikat Country Heights Holding Bhd, iaitu Country Heights Sdn Bhd tidak jelaskan cukainya sebanyak RM22.5 juta daripada tahun 1997 hingga 1998.

Cara LHDN merampas wang peribadi Tan Sri Lee Kim Yew untuk memaksa beliau menjelaskan cukai anak syarikat Country Heights Holdings Berhad telah mengejutkan banyak pihak. Bukankah cara LHDN ini adalah amat kasar dan tidak berperikemanusiaan?

Di sini saya ingin tanya Menteri Kewangan apakah arahan diberi oleh kerajaan kepada LHDN untuk mengambil tindakan terhadap peniaga tertentu dengan tujuan politik untuk memberi amaran kepada orang bisnes supaya jangan beri sokongan kepada parti pembangkang? Ramai orang sekarang menganggap banyak tindakan LHDN terhadap mereka itu berunsur politik dan ia merupakan ugutan politik.

Selain itu, saya ingin tanya, berapa komisyen ataupun bonus diberi kepada pegawai LHDN yang berjaya mengutipkan cukai yang dihutangi oleh peniaga?

Comments are closed.