RSS Subscription

TARIKH: 07 NOVEMBER 2017

Puan Teresa Koh Suh Sim [Seputeh] minta MENTERI DALAM NEGERI manyatakan bilangan dan pecahan PATI mengikut jantina dan negara asal, yang telah ikut serta majikan mereka untuk menjalankan pendaftaran Program E-Card dan Rehiring daripada 15 Februari hingga 30 Jun 2017.

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Jabatan Imigresen Malaysia telah berjaya mendaftarkan seramai 164,804 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) menerusi Program E-Kad Sementara Pekerja Asing yang hanya sah diperlakukan dari 15 Februari 2017 hingga 15 Februari 2018.

Pecahan mengikut jantina dan negara asal adalah seperti berikut:

(i) Bangladesh – 96,421 lelaki 770 wanita

(ii) Indonesia – 27,191 lelaki 10,552 wanita

(iii) Myanmar – 15,602 lelaki 2304 wanita

(iv) India – 3,183 lelaki 267 wanita

(v) Nepal – 2,693 lelaki 77 wanita

(vi) Pakistan – 2369 lelaki 69 wanita

(vii) Vietnam – 588 lelaki 403 wanita

(viii) Kemboja – 424 lelaki 256 wanita

(ix) Filipina – 314 lelaki 352 wanita

(x) Thailand – 417 lelaki 73 wanita

(xi) Sri Lanka – 76 lelaki 384 wanita

(xii) Laos – 7 lelaki 8 wanita

(xiii) Turkmenistan- 3 lelaki

(xiv) Kazakstan – 1 lelaki

Berdasarkan rekod Jabatan Imigresen Malaysia, seramai 534,040 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) telah mendaftar menerusi Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI (Program Rehiring) bagi tempoh 15 Februari 2016 hingga 30 September 2017.

 

Comments are closed.