RSS Subscription

TARIKH : 31.10.2017
Y.B. PUAN TERESA KOK SUH SIM [ SEPUTEH ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sasaran jumlah cukai pendapatan yang dikutip Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada tahun 2017 dan jumlah hasil yang telah dikutip setakat Julai 2017. Nyatakan sistem komisen dan ganjaran yang diberi kepada pegawai LHDN yang mencapai sasaran pengutipan cukai.

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) mensasarkan kutipan cukai langsung bagi tahun 2017 sebanyak RM 127.74 bilion. Sehingga 31 Julai 2017, LHDNM telah mengutip cukai langsung sebanyak RM 63.82 bilion.

Di bawah Pelan Korporat LHDNM 2016-2020, prestasi LHDNM diukur mengikut pencapaian sasaran KPI Korporat yang telah ditetapkan setiap tahun termasuk sasaran mengenai kutipan cukai langsung. Dari segi ganjaran yang diberi kepada pegawai LHDNM ke atas tugasan mengutip cukai, pihak LHDNM mengguna pakai sistem ganjaran berasaskan prestasi yang dicapai setiap tahun mengikut formula pengagihan bonusberdasarkan pencapaian prestasi keseluruhan dalam tahun yang berkenaan.

Comments RSS

Leave a Reply