RSS Subscription

Tarikh: 01-11-2017
Soalan:
Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada SPRM akan menjalankan sisatan terhadap Razak Baginda atas penglibatannya dalam urus niaga pembelian kapal selam Scorpene mengikut seksyen 61 Akta SPRM memandangkan Peranchis telah mendakwa beliau ke Makamah. Apakah Kerajaan Malaysia akan bekerjasama dengan pendakwa raya Peranchis dengan extradite beliau ke Peranchis.

JAWAPAN : YB SENATOR DATUK PAUL LOW SENG KUAN
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Yang Berhormat,
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjalankan siasatan ke atas Razak Baginda di bawah Akta SPRM 2009.

Untuk makluman, siasatan ke atas kes ini telah selesai. Walaubagaimanapun sehingga kini SPRM tidak menerima permohonan dari mana-mana pihak meminta bantuan apa-apa yang melibatkan kes Razak Baginda di luar negara.
Sekian, terima kasih.

Comments RSS

Leave a Reply