RSS Subscription

TARIKH : 02-11-2017
Soalan :
Y.B. Tuan Lim Kit Siang [Gelang Patah] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada pandangan Ketua Setiausaha Perbendaharaan YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar bin Abdullah bahawa kemiskanan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia adalah akibat kemalasan merupakan pendirian sebenar Kerajaan Barisan Nasional.

JAWAPAN : Y.A.B. DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK, MENTERI KEWANGAN

Tuan Yang Di- Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) telah menyempurnakan Majlis Perasmian 1 Malaysia Entrepreneur (1MET) Graduation Day 2017 di Dewan Utama Kompleks Perbendaharaan pada 27 September 2017. Seramai 500 orang peserta kursus 1MET telah menamatkan kursus bimbingan keusahawanan berkenaan. Program 1MET antara lain bertujuan melahirkan usahawan muda yan berdaya saing disamping memberi pendedahan kepada mereka tentang aktiviti-aktiviti perniagaan yang terbaik untuk diceburi.

Di dalam perasmian tersebut, KSP tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kemiskanan di Malaysia adalah disebabkan kemalasan. Sebaliknya, beliau telah menekankan kepada peserta-peserta 1MET agar mengamalkan sifat-sifat positif supaya boleh terus berdaya tahan dan maju di dalam perniagaan. Para peserta juga disarankan supaya merebut peluang-peluang perniagaan yang begitu banyak di negara ini.

Comments are closed.