RSS Subscription

Tiga orang budak sekolah yang duduk di PPR Kg Muhibbah terjatuh dalam longkang dalam hujan lebat pada petang ini.
Seorang daripada mereka selamat tetapi dua yang lain hilang.

Saya menziarahi keluarga dua budak ini bersama dengan Nurul Izzah dan Fahmi daripada PKR di PPR Kg Muhibbah malam tadi.

Saya juga turun ke tebing kolam lombong dan bertemu dengan anggota pasukan pertahanan dan bomba yang masih menjalankan penyelamatan pada pukul 10 malam. Saya puji semangat dan perkhidmatan mereka.

Memang sedih untuk melihat keluarga mangsa kemalangan ini. Semoga dua budak ini akan dijumpai besok oleh pegawai penyelamatan.

Comments are closed.