RSS Subscription

TARIKH : 24 OKT 2017
SOALAN
Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan pendirian Kerajaan terhadap promosi dan pesta komersial yang melibatkan alkohol sepelas Ketua Polis Negara menghalang Pesta Bir dan Pesta makanan dan minuman Jerman diadakan di Klang. Apakah Kerajaan dan pihak polis akan mencabuli hak orang bukan Islam dengan menghalang segala program peribadi dan pesta komersial yang melibatkan alkohol diadakan.

JAWAPAN:
�—�—�—�—�—�
Tuan Yang di-Pertua,


Pembatalan perayaan Pesta Bir di Kuala Lumpur baru-baru ini disebabkan terdapatnya rancangan untuk mensabotaj festival berkenaan. Umum juga sedia maklum bahawa penganjuran festival seumpama itu pada tahun-tahun sebelumnya tidak pernah disekat kerana tiada ancaman seperti dilaporkan sekali gus menafikan dakwaan bantahan ke atas penganjuran perayaan Pesta Bir bersangkutan dengan sensitiviti keagamaan, perkauman atau desakan politik.

Kementerian Dalam Negeri melalui PDRM tidak akan menggadaikan keselamatan rakyat dan harta benda awam hanya kerana wujud tekanan daripada pihak-pihak berkepentingan. Semua maklumat keselamatan yang diperoleh juga tidak boleh didedahkan supraya kerahsiaan maklumat keselamatan sentiasa terpelihara. Justeru keputusan ini tidak harus dipertikai atau dipolitikkan oleh mana-mana pihak yang kononnya untuk membela sesuatu kaum atau agama.

 

Comments are closed.