RSS Subscription

DARIPADA : PUAN TERESA KOK SUH SIM
TARIKH : 25.10.2017
SOALAN :

Puan Teresa kok Suh Sim [Seputeh] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sebab pemimpin politik Pakatan harapan seperti Ketua Menteri Pulau Pinang dilarang masuk ke sekolah kebangsaan tetapi SK Putrajaya Presint 14(1) boleh mengadakan program sokong UMNO bersama dengan YB Putrajaya pada 3 Oktober 2017. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kementerian terhadap mereka yang terlibat.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempunyai prosedur standard bagi penyertaan guru dan murid dalam program anjuran agensi kerajaan termasuk kerajaan negeri, kehadiran orang kenamaan atau individu tertentu ke sekolah dan pengunaan premis atau kemudahan sekolah oleh pihak luar. Semua aktiviti tersebut memerlukan pihak berkenaan memohon kebenaran daripada KPM melalui Pengarah Pelajaran Negeri untuk memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kebajikan warga sekolah serta menjamin keselamatan harta benda sekolah.

KPM juga sentiasa memastikan semua penjawat awam warga pendidikan memberi taat setia yang tidak berbelah bahagi pada setiap masa dan ketika kepada Yang di-Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan yang memerintah sebagaimana yang tercatat dalam Peraturan 4(1) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1999 telah menegaskan bahawa semua kakitangan dan pegawai perkhidmatan pendidikan dilarang terlibat dalam aktiviti anti-kerajaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, program yang dijalankan di SK Putrajaya Presint 14(1) merupakan program pertandingan anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang bertemakan kemerdekaan dan bukan berunsur politik. Program bertujuan bagi melahirkan generasi Malaysia yang peka tentang sejarah perjuangan kemerdekaan dan pelaksanaan program itu juga adalh bersesuaian dengan tema pertandingan tersebut.

Comments are closed.