RSS Subscription

Today, I submitted a letter to the mayor of Kuala Lumpur, to protest against the construction of a food court on a designated parking area in Kuchai Entrepreneur’s Park.
I have done a protest and a press conference on last Friday with Lim Lip Eng, the Segambut MP. Now I follow up with a letter to the mayor with the content as follow: 👇
**********************************************************


26 September 2017
Kepada:
YBhg. Tan Sri Hj. Mhd. Amin Nordin bin Abd. Aziz
Datuk Bandar Kuala Lumpur
Pejabat Datuk Bandar Kuala Lumpur
Tingkat 28, Menara DBKL 1,
Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur

YBhg Tan Sri,

Bantahan Terhadap Pertukaran Tapak Parkir DBKL Kepada Medan Selera Di Kuchai Entrepreneur’s Park Berdekatan Pejabat DBKL Cawangan Seputeh
==========================================
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Persatuan penduduk dan saya merasa hairan terhadap keputusan DBKL yang menukar tapak parkir DBKL kepada medan selera di Kuchai Entrepreneur’s Park.

3. Kuchai Entrepreneur’s Park adalah kawasan komersial. Para peniaga sudahpun selalu mengadu tempat itu tidak mempunyai tempat letak kereta yang cukup di samping menghadapi masalah menerima kompaun ataupun pengundian kereta daripada syarikat swasta lantikan Yayasan Wilayah Persekutuan.

4. Saya merasa kesal atas keputusan DBKL yang membenarkan medan selera didirikan di tempat yang sudah begitu sesak. Keputusan ini bukan sahaja mengurangkan lagi tempat parkir di kawasan komersil ini, malah ia lebih menyusahkan peniaga dan penduduk di tempat ini.

Justeru, saya minta YBhg. Tan Sri untuk turun padang ke kawasan ini dan menarik balik keputusan tersebut.

Segala kerjasama dan jasa baik YBhg. Tan Sri adalah amat dihargai dan didahulukan dengan ribuan terima kasih.

Yang benar,

……………………
Teresa Kok
Ahli Parlimen Seputeh

Comments are closed.