RSS Subscription

Hari ini, Kementerian Pertanian menganjurkan Kenduri Durian di Parlimen. Ia dihadiri oleh PM, TPM, Menteri Kabinet, Ahli Parlimen dan pegawai kerajaan. Kami dapat menjamu selera durian pelbagai jenis, termasuk durian yang mahal seperti Musang King.

Ahli Parlimen daripada BN dan pembangkang makan di meja yang sama, begitu juga dengan pegawai kerajaan, wartawan dan tetamu khas daripada semua kaum juga makan bersama. Saya paling gembira di mana saya dan rakan-rakan saya dihadiahkan cabang durian Musang King. Ini bermaksud kami boleh tanam pokok durian Musang King di halaman rumah kami.

Bulan ini ialah bulan Merdeka. Bagi Malaysia yang telah dipecah-belahkan oleh perkauman dan perbezaan agama, kita tidak perlu filem seperti “Malay Regiment” dan “Tanda Putera” untuk ditayangkan dalam bulan ini, sebaliknya kita perlu lebih kenduri durian diadakan, kerana Durian Satukan Semua. 😁

Comments are closed.