RSS Subscription

How can a Sec-Gen of an important ministry hold so many director post in GLCs?

The answer given by Parliament on why Irwan Serigar holds 20 GLCs position is as follow. The finance ministry failed to give me a satisfactory reply👇

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

TARIKH : 03.08.2017

Y.B. PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan rasional Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) dilantik menjadi anggota lembaga pengarah kepada lebih 20 Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) seperti 1MDB, Petronas, TRX City Sdn Bhd dan lain. Apakah jumlah bayaran elaun dan fi kepada KSP yang diterima daripada GLC tersebut pada tahun 2016 dan setengah tahun 2017.

Jawapan
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat, secara amnya, pelantikan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) adalah sebagai wakil kepada pemegang saham untuk menguruskan syarikat bagi pihaknya.

Bagi syarikat-syarikat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan) [MKD], perlantikan pegawai Kerajaan sebagai ALP Bukan Bebas Eksekutif dalam syarikat MKD, antara lain adalah

i) Sebagai wakil pemegang saham;
ii) Menjaga kepentingan Kerajaan dan memastikan dasar-dasar Kerajaan dilaksanakan dalam syarikat tersebut sebagaimana objektif penubuhannya;
iii) Pelantikan sebagai ALP dilaksanakan berdasarkan keperluan yang dinyatakan secara jelas dalam Tatacara dan Tataurusan syarikat (M&A), atau
iv) Pegawai tinggi Kerajaan yang dilantik berdasarkan jawatan seperti yang ditetapkan oleh M&A syarikat

Tatacara pelantikan Pegawai Kerajaan sebagai ALP dalam syarikat MKD adalah sama sebagaimana proses pelantikan ALP Bebas Bukan Eksekutif yang lain.

Selain itu, keanggotaan Lembaga Pengarah melebihi daripada satu turut diamalakan oleh syarikat swasta. Ini adalah kerana pelantikannya adalah berdasarkan kepakaran individu tersebut.

Pembayaran elaun yang diterima oleh Pegawai Kerajaan adalah sama dengan jumlah yang diterima oleh semua ALP dalam Lembaga Pengarah syarikat dan adalah dalam kadar yang telah diluluskan oleh pemegang saham. Ia adalah setimpal dengan tanggung jawab dan risiko yang digalas sebalai ALP syarikat.

Comments are closed.