RSS Subscription

Let’s see how the government justify the reason for disciplinary action taken for uiversity students who attend Bersih rally and why no action taken against students who attend UMNO assembly …. 😁

Tarikh : 1 Ogos 2017
YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Penggajian Tinggi menyatakan samada pihak universiti tempatan khususnya UITM telah mengambil tindakan terhadap pelajar yang dibawa untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO di stadium Bukit Jalil pada Mei 2017 memandangkan beberapa universiti tempatan pernah mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar yang menyertai Perhimpunan Bersih pada tahun lepas.

Jawapan
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kemterian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa mengamalkan konsep keterbukaan dan menghormati hak bersuara mahasiswa dalam melahirkan pelajar yang holistic dan seimbang.

Walau bagaimanapun, pelajar juga tertakluk kepada peraturan-peraturan university dan juga Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971 (pindaan 2009 & 2012) yang antara lain membenarkan pelajar untuk terlibat dalam aktiviti politik di luar kampus sahaja. Tindakan terhadap pelajar boleh diambil sekiranya pelajar terlibat dalam perhimpunan tanpa permit atau aktiviti-aktiviti lain yang boleh mengakibatkan berlakunya salahlaku seperti pergaduhan, kerosakan harta benda yang menggugat ketenteraman awam, serta melakukan apa-apa kasalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis di mana-mana perhimpunan.

Oleh yang demikian penglibatan mahasiswa dalam aktiviti politik mahupun dengan aktivis politik seharusnya juga dilihat dari perspektif perundangan dan akta-akta lain seperti Akta Perhimpunan Aman 2012 dan sebagainya. Sekiranya berlaku pelanggaran peraturan dan undang-undang sedia ada, pelajar boleh dikenakan tindakan tatatertib termasuklah kesalahan mencemar nama baik Universiti Awam.

Mahasiswa juga diingatkan agar sentiasa menjaga nama baik university dalam menjalankan apa jua aktiviti di dalam mahupun di luar kampus. KPT tidak akan berkompromi ke atas mana-mana mahasiswa yang tidak mematuhi dan melanggar peraturan-peraturan serta undang-undang negara.

Comments are closed.