RSS Subscription

Saya pergi ke Pekan Kapit bersama dengan bekas calon Katibas, Paren Nyawi, Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling dan lain dengan four wheel drive pada dua hari yang lepas. Selepas mengalami jalan yang teruk dari Kanowit ke Song, sekali lagi saya melalui jalan yang teruk dari Song ke Kapit.

Kawasan Parlimen Kapit adalah kubu kuat BN. Apakah wakil rakyat BN dan kerajaan telah buat untuk penduduk di Kapit?

Ini adalah kali pertama saya datang ke Kapit. Saya agak hairan melihat Kapit ialah pekan yang agak makmur.

Pada keesokan hari, Paren, Oscar dan saya mengedarkan risalah DAP kepada orang ramai di kedai kopi dan pasar pagi. Kebanyakan orang yang saya temui adalah pribumi. Mereka terima risalah Roket dengan hati yang terbuka.

DAP akan aktifkan Pusat Khidmat Kapit yang dibuka pada pilihanraya Negeri Sarawak yang lepas. Saya berharap Paren Nyawi dan pasukannya akan dapat menghidupkan semula pusat khidmat DAP tersebut pada masa terdekat

Comments are closed.