RSS Subscription

Semalam saya hadir majlis rumah terbuka Pakatan Harapan Shah Alam di Klang. Hos majlis rumah terbuka itu adalah YB Khalid Samad dan YB Rodziah.

Bila saya tiba di majlis tersebut, saya disambut oleh wanita yang berbaju merah daripada PPBM. Mereka adalah muka baru di majlis Pakatan Harapan. Mereka ambil gambar dengan saya.

Saya juga rasa hairan untuk melihat Amanah dan PPBM mengadakan kaunter pendaftaran ahli baru di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya ini.

Khalid Samad berkata mereka menyediakan makanan untuk 6 ribu orang. Bila saya meninggalkan majlis itu pada 1 tengahari, makanan untuk 6 ribu orang itu hampir habis. Ini membayangkan bilangan orang yang telah hadir di majlis ini.

Saya rasa atmosfera yang harmoni dan bersatupadu di majlis rumah terbuka ini. Dalam ucapan pendek saya, saya sebut tentang masalah yang dihadapi oleh DAP kerana dipaksa untuk mengadakan pemilihan pucuk pimpinan parti semula sebelum PRU14 atas arahan ROS dan BN. Pemimpin PPBM yang berucap kemudian terus lantang berkata partinya bersimpati dan bersama dengan DAP dalam waktu yang susah yang dihadapi oleh DAP sekarang.

Walaupun Pakatan Harapan belum lagi berdaftar dengan ROS secara rasmi, tetapi solidariti di antara akar-umbi parti komponen PH ini telah pun semakin mesra dan erat. Hubungan mesra di kalangan PH ini yang membimbangkan Najib dan UMNO/BN.

Comments are closed.