RSS Subscription

We demand current Elections Commission to meet us.

KENYATAAN MEDIA PAKATAN HARAPAN TERHADAP MANIPULASI SPR

Umum mengetahui, bahawa selepas hampir setahun, parti-parti politik yang merupakan pelanggan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia masih dinafikan pertemuan dengan Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah. Malah, semua usaha kami untuk menghubungi beliau secara bertulis tidak dilayan. Jelasnya, Pengerusi SPR terkini telah menampilkan tingkahlaku yang amat tidak profesional dalam sejarah Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia yang secara tidak langsung telah merendahkan taraf SPR daripada sebuah suruhanjaya yang sepatutnya bebas dan adil kepada hanya sebuah agensi yang berada di bawah telunjuk dan kuasa Perdana Menteri.

Proses pilihanraya demokrarik di negara ini tidak mencerminkan kebebasan dan keadilan. Kelakuandan pekerti Pengerusi SPR membelakangkan sama sekali pelanggan utama (stakeholders) iaitu parti politik pembangkang telah meletakkan kredibiliti SPR paling rendah dan paling buruk dalam sejarah pilihanraya demokratik di negara ini.

Pelanggaran hak asasi dan kebebasan berorganisasi di negara ini yang menjadi tonggak utama proses demokrasi oleh institusi penjaga demokrasi seperti SPR adalah perbuatan terkutuk dan memalukan negara.

Kami sedar tekanan parti pemerintah terhadap SPR untuk memastikan BN dipilih semula dalam PRU-14 tetapi sebagai badan yang diberikan tanggungjawab khusus dalam proses pilihanraya demokratik SPR tidak harus dan tidak boleh sama sekali menjadi kuda tunggangan BN untuk melanggar kejendak perlembagaan bahawa badan itu hendaklah sentiasa mendapat ‘kepercayaan awam’.

Kami dari Pakatan Harapan memohon secara terhormat perjumpaan dengan Pengerusi SPR untuk membincangkan pelbagai perkara mengenai pilihanraya dan untuk tujuan itu Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, mantan Pengerusi SPR merangkap Naib Presiden PPBM bersetuju mengetuai pertemuan itu untuk menjamin pertemuan dijalankan secara muhibah dan teratur serta mencapai matlamatnya.

Salah satu matlamat pertemuan adalah membincangkan ketidaktelusan Daftar Pemilih iaitu dokumen terpenting dalam pilihanraya di mana sahaja di dunia. SPR telah membatalkan penyerahan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) kepada semua parti politik tahun ini.

Ia dibuat tanpa perbincangan dengan parti politik dan kami anggap ini adalah pencabulan hak demokrasi yang jelas bermotif jahat. Keputusan mengejut ini dibuat ketika jangkaan PRU14 dijangka diadakan pada bila masa sahaja, dan RDPT Suku 1/2017 ini bakal menjadi data pengundi terakhir yang diwartakan Jun 2017. Dan sebaik diwartakan, peruntukan undang-undang menyatakan ianya sudah tidak boleh lagi dicabar dengan apa cara sekalipun oleh mana-mana sistem mahkamah yang ada

Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, PPBM
YB Sivarasa Rasiah, KEADILAN
YB Khalid Samad, AMANAH
YB Teresa Kok, DAP

17 Mei 2017

Comments are closed.