RSS Subscription

Hari ini saya mengadakan satu sidang akhbar di lobi Parlimen untuk membalas tuduhan palsu yang dilemparkan oleh Jamal Yunus terhadap saya. Jamal menuduh saya menggunakan wang YAWAS hampir RM2 juta sejak 2016 sehingga 24 Februari 2017, dan wang itu dikeluarkan melalui kad ATM Ambank atas nama saya.

Saya jelaskan tentang prosedur penggunaan wang ehsan SMUE (Skim Mesra Usia Emas) di bawah YAWAS dalam sidang akhbar, iaitu pejabat saya akan keluarkan RM1,000 kepada waris si-mati dan pejabat Daerah Petaling akan memberi RM1,500 kepada keluarga si-mati dua bulan kemudian.

Mengikut rekod pejabat saya, pejabat saya hanya telah menguruskan 388 permohonan SMUE daripada Januari 2016 hingga sekarang. Ini bermaksud pejabat saya telah mengeluarkan RM388,000 dalam tempoh ini, dan bukan RM2 juta seperti apa yang dituduh oleh Jamal.

Comments are closed.