RSS Subscription

Saya bersama dengan penduduk di Taman Desa telah mengadakan sidang akhbar di Jalan 3/109F di Taman Danau Desa, berdekatan dengan Bangunan UMNO Seputeh pada 11 Mac 2017, pagi Sabtu yang lepas.

Tujuan sidang akhbar tersebut adalah untuk membantah DBKL dan Menteri WP menukarkan kegunaan tanah bagi tapak pusat khidmat masyarakat Seputeh ataupun pejabat UMNO Seputeh yang merupakan tapak kegunaan awam (Public facility) kepada perumahan yang berpadatan tinggi. Kami membantah cara Menteri WP dan DBKL yang mengenepikan Pelan Deraf Kuala Lumpur.

Kami mengadakan sidang akhbar di sebelah jalan yang berhadapan tapi agak jauh daripada Bangunan UMNO Seputeh, tiba-tiba seorang lelaki berbaju biru keluar mengganggu sidang akhbar kami. Kemudian dua orang wanita juga keluar mengganggu kami dan menuduh kami mengganggu majlis perkahwinan di dalam bangunan UMNO Seputeh. Tindakan mereka memang nak kacau sidang akhbar saya kerana tempat kami buat sidang akhbar memang jauh daripada pintu masuk dan bangunan UMNO Seputeh.

Memandangkan terdapatnya laporan media dan juga kenyataan Tengku Adnan yang menuduh saya mengganggu majlis perkahwinan yang diadakan dalam Bangunan UMNO, di sini saya tunjukkan satu gambar foto sidang akhbar pada hari itu untuk menunjukkan tuduhan palsu mereka.

Comments are closed.