RSS Subscription

15181434_1375992135745237_3652264431104495997_n

I delivered this speech during the committee stage debate of the budget for Home Ministry. I spoke on the issue of new passports are not accepted by the autogate at KLIA.

Problems arise due to the Home Minister has terminated the contract with IRIS CORP but use the new system provided by Datasonic Group Berhad.

Dep Minister Nur Jazlan did not answer my questions properly and ran away ……..

My speech is as follow:

Penukaran Sistem Pembekal Passport Mencetuskan Masalah Bagi Pemegang Pasport
=====================================================

Pada beberapa bulan yang lepas, orang ramai terpaksa berbaris sejak awal pagi di hadapan pejabat imigresen untuk menunggu passport baru mereka. Selain itu, saya difahamkan autogate imigresen di KLIA dan pintu kemasukan ke Malaysia yang lain tidak berfungsi.

Saya difahamkan kesemua ini berlaku kerana Menteri Dalam Negeri telah menukar pembekal sistem daripada syarikat tempatan, IRIS Corporation kepada Datasonic Group Berhad pada beberapa bulan yang lepas.

Saya juga difahamkan sebab orang ramai terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan passport pada waktu itu ialah kerana Datasonic tidak ada passport yang cukup, manakala IRIS Corp boleh mengeluarkan passport baru dalam tempoh 2 jam sahaja.

Selain itu, sebab passport baru tidak dapat melepasi autogate imigresen di lapangan terbang ialah kerana passport yang dibuat di bawah sistem ataupun syarikat baru tidak dapat diterima oleh autogate yang diurus atau “maintain” oleh IRIS Corporation. Ini bermaksud sistem dua syarikat ini tidak dapat disatukan ataupun synchronise.

Rekabentuk passport berkompromi keselamatan

Passport yang diperbuat oleh IRIS Corp adalah chip passport di satu muka dalam (inner cover page) buku passport, manakala gambar foto dan data peribadi pemegang passport diletakkan pada muka dalam (inner cover page) buku passport yang lain.

Tetapi bagi passport baru yang dibuat oleh syarikat baru Datasonic Group Berhad, chip dan data peribadi dalam bentuk polycarbonic pemegang passport diletakkan pada muka dalam passport yang sama (same inner cover page). Rekabentuk passport baru ini sebenarnya menyebabkan pemegang passport menghadapi risiko keselamatan dan ancaman, kerana sekiranya kulit buku passport yang mengandungi maklumat itu dikoyakkan atau dikeluarkan, ia boleh ditukar kepada maklumat orang yang lain.

Selain itu, di bawah sistem passport baru, saya juga difahamkan bahawa buku passport dan chip dibuat oleh syarikat yang sama, iaitu Datasonic Group Berhad, tetapi di bawah sistem passport yang lama, Iris Corp hanya hantar chip kepada imigresen di Putrajaya, dan pejabat imigresen di Putrajaya yang masukkan chip ke dalam passport. Cara ini put dapat memastikan “check and balance” dan pastikan keselamatan maklumat peribadi pemegang passport diperlindungi.

Datasonic Dibenarkan Untuk Mengeluarkan Chip Passport, Bukut Passport dan Kad Pengenalan, Manakala IRIS CORP Hanya dibenarkan Untuk Mengeluarkan Chip Passport Sahaja

Di bawah sistem pengeluaran passport baru oleh Datasonic Group Berhad sekarang, syarikat ini dibenarkan untuk menghasilkan chip dan buku passport. Sistem ini pun mengabaikan “check and balance” dan berkompromi keselamatan maklumat passport kita sekarang.

Sehubungan dengan itu, saya difahamkan bahawa syarikat Datasonic juga diberi tugas untuk mengeluarkan kad pengenalan Malaysia, manakala Iris Corporation Berhad hanya dibenarkan untuk membuat sebahagian daripada passport dan ia tidak terlibat dalam pemerosesan kad pengenalan. Soalannya, kenapakah Datasonic diberi begitu banyak tugas dan kuasa oleh KDN?

Harga Chip dan Passport Keluaran Datasonic Lebih Mahal Daripada Syarikat Lama

Dari segi harga, saya difahamkan bahawa IRIS Corp mengenakan harga RM30 bagi chip dan personalisation of passport (perso), tetapi syarikat baru Datasonic mengenakan RM25 untuk pembuatan chip dan RM29 untuk personalization of passport (perso).

Saya ingin tanya Menteri, kenapakah KDN pilih syarikat yang mengenakan harga produk yang lebih mahal di samping berkompromi keselamatan dari segi pengeluaran passport kita?

Kenapakah KDN Tidak Mengadakan Tender Terbuka Apabila Melantik Syarikat Yang Membekal Chip dan Passport?
Saya difahamkan bahawa kontrak IRIS Corp sepatutnya berakhir pada 31 Disember 2016 tetapi IRIS dihentikan oleh KDN 7 bulan sebelum pengakhiran kontrak di antara kerajaan dengan IRIS Corp, iaitu pada 31 Mei 2016.

Saya ingin tanya kenapakah Menteri KDN menghentikan kontrak dengan IRIS Corp lebih awal daripada sepatutnya? Apakah KDN perlu membayar pampasan kepada IRIS Corp? Berapakah pampasannya?

Soalan saya:
1) Kenapakah kerajaan tidak meneruskan kontrak dengan syarikat tempatan tetapi menggunakan syarikat yang menggunakan chip buatan Peranchis yang lebih mahal harganya dan tidak menjamin keselamatan passport kita?

2) Apakah KDN telah membuat semakan “due diligence” terhadap pembekal sistem baru supaya keselamatan maklumat warga Negara ini tidak dikompromi oleh syarikat swasta baru ini?

3) Kenapakah KDN “pre-qualify” Datasonic dan kenapakah Menteri KDN melantik sebuah syarikat yang tidak mempunyai apa-apa pengalaman dari segi pengeluaran chip? Kenapakah kerajaan tidak mengadakan tender terbuka bila memilih/melantik syarikat pembekal chip dan passport, tetapi melantik Datasonic melalui “negotiated tender”?

Saya berharap YB Menteri Dalam Negeri boleh memberi penjelasan yang memuaskan dalam isu ini.

Comments are closed.