RSS Subscription

TARIKH: 20 OKTOBER 2016 (KHAMIS]

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada kabinet pernah mengadakan perbincangan yang menyeluruh tentang Rang Undang-Undang Pindaan Akta 355 oleh YB Marang sebelum ia dibentangkan di Dewan Rakyat dalam sidang yang lepas. Apakah Kerajaan akan mempertimbangkan reaksi yang kuat daripada anggota kabinet dan juga masyarakat yang membantah pindaan Akta 355.

JAWAPAN: (YB MEJAR JENERAL DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM (B), MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI)
Tuan Yang di-Pertua,

Berdasarkan Fasal (2) Perkara 74 dan Buiran 1, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan, undang-undang Islam diletakkan di bawah bidang kuasanegeri. Kuasa negeri, berkenaan dengan pewujudan dan penghukuman kesalahan terhadap perintah agama Islam hanya terpakai bagi orang yang menganut agama Islam sahajaseperti disebut dalam Butiran 1, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan dan tidak akan menyentuh bidang kuasa Mahkamah Sivil untukmembicarakan kes-kes jenayah di bawah Kanun Keseksaan.

Dalam kesempatan ini, ingin saya jelaskan bahawa Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [Akta 355] telah diperkenalkan pada tahun 1965. Ketika itu kadar maksimum hukuman penjara tidak lebih dari 6 bulanatau denda tidak melebihi Rm1,000 atau kedua-duanya. Akta 355 ini telah dipinda seperti berikut:

i. Pada tahun 1984, peruntukan mengenai bidang kuasajenayah mahkamah Syariah tersebut telah dipindamelalui Akta Mahkamah Syariah (Bidang KuasaJenayah) (Pindaan) 1984. Menerusi pindaan itu, bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah dalammenjatuhkan sesuatu hukuman telah dinaikkan kepada hukuman penjara selama tempoh tidakmelebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi limaribu ringgit atau sebatan tidak melebihi enam kali atau apa-apa gabungan hukuman-hukumantersebut.

ii. Seterusnya, pada tahun 1989 ianya diperluaskanpemakaiannya ke Sabah dan Sarawak melalui Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang KuasaJenayah) (Pindaan dan Perluasan) 1989.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 adalah Rang Undang-Undang AhliPersendirian yang telah dikemukakan melalui usul oleh Ahli Parlimen Marang berdasarkan kepada Peraturan 49, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dantelah dibentangkan di persidangan Dewan Rakyat bagiMesyuarat Kedua, Penggal Keempat, Parlimen Ke-13 pada26 Mei 2016 yang lalu. Pada masa ini, Kerajaan sedang meneliti usul tersebut yang bertujuan untuk memperluaskan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah.

Pada masa yang sama, di pihak Kerajaan juga sebenarnya sedang meneliti cadangan pindaan kepada Akta 355 yang bertujuan untuk memperluaskan bidang kuasa jenayahMahkamah Syariah yang sedia ada memandangkan Akta berkenaan sebelum ini telah lama tidak dipinda. Jika cadangan pindaan ini diluluskan oleh Parlimen, Kerajaan ingin mencadangkan pesalah Syariah dikenakan hukuman termasuk khidmat masyarakat.

Sekian, terima kasih.

Comments are closed.