RSS Subscription

Kenyataan Mufti dikhuatiri jelmakan ugutan IS – DAP

Adakah Mufti Pahang ingin bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini terhadap pemimpin atau ahli DAP?


PETALING JAYA : Kenyataan Mufti Pahang melabel orang bukan Islam sebagai kafir harbi dikhuatiri mengalakkan keganasan dikala negara diancam pengganas IS.

Pemimpin DAP, Zairil Khir Johari berkata kenyataan merbahaya Datuk Seri Abdul Rahman Osman mencemarkan kedudukannya sebagai mufti, yang diberi kuasa untuk membuat keputusan tentang hukum agama Islam.

“Adakah Abdul Rahman ingin bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini terhadap pemimpin atau ahli DAP akibat tindak balas mereka yang terpedaya dengan kenyataan beliau,” soalnya menerusi satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Bukit Bendera menjawab kenyataan Mufti Pahang di akhbar Utusan Malaysia hari ini, yang mengulas penentangan DAP kepada perlaksanaan hukum hudud dan Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.

“Prinsip mereka jelas membenci Islam dan berdosa besar bagi umat Islam bekerjasama dengan mereka,” kata Rahman.

“Namun jika mereka yang mahu menentang Islam, kita wajib memeranginya,” tambahnya.

Kebetulan kenyataan Mufti Pahang ini terbit selepas Daesh mengeluarkan amaran akan menggunakan apa juga cara untuk “membunuh” golongan taghut (musuh Allah).

“Bunuhlah mereka di mana saja kalian bertemu mereka..kalian punya kenderaan, langgarlah mereka… kalian punya senjata atau pisau kecil, tikamlah dada mereka,” kata militan Mohd Rafi Udin.

Seorang lagi militan dari Filipina yang bersama Rafi dalam video itu menambah: “Esok, saudara kami di tanah anda akan sembelih anda…Kami akan guna bahasa pedang dan peluru.”

 

Keratan dari: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/06/24/ken yataan-mufti-dikhuatiri-jelmakan-ugutan-is-dap/

 

Comments are closed.