RSS Subscription

This answer tells us that the federal government has only built 436 houses for the Kelantan flood victims so far, 1,391 households are still waiting for houses…

—————————————————————————–

NO. SOALAN : 64
TARIKH : 23 MAC 2016 ( RABU )

YB Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan rumah yang telah siap dibuat oleh Kerajaan pusat kepada mangsa banjir di Kelantan setakat Januari 2016. Sila nyatakan kos perbelanjaan untuk membuat rumah yang terlibat dan bilangan keluarga mangsa banjir yang masih menunggu rumah.

JAWAPAN : YB DATO’ SERI DR. SHAHIDAN BIN KASSIM
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan Yang Di-Pertua,

Bilangan Rumah Kekal Baharu (RKB) yang dimohon oleh mangsa banjir di negeri Kelantan ialah sebanyak 1,827 unit. Dari jumlah tersebut, Kerajaan Persekutuan dipertanggungjawabkan untuk membina 966 unit, Kerajaan Negeri sebanyak 528 unit dan NGO sebanyak 135 unit. Baki 198 permohonan lagi didapati tidak layak menerima bantuan RKB selepas proses pemutihan dibuat oleh pihak berkuasa negeri dan Persekutuan.

Setakat 16 Mac 2016, jumlah keseluruhan RKB yang telah siap dibina oleh Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak 436 unit. Pada masa yang sama, sebanyak 271 unit sedang dalam peringkat pembinaan dan 229 unit lagi dalam peringkat pra-bina. 30 unit di peringkat pengesahan hakmilik tanah oleh Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai.

Kos untuk pembinaan RKB serta infrastruktur di negeri Kelantan yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan adalah RM60.3 juta. Keseluruhan pembinaan RKB oleh Kerajaan Persekutuan di Negeri Kelantan dijangka siap sepenuhnya pada bulan Jun 2016.

Sekian. Terima kasih.

Comments are closed.