RSS Subscription

SOALAN No 44

Tarikh : 16 Mac 2016

Soalan : YB Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh] PERDANA MENTERI menyatakan anggaran jumlah kos yang dijimatkan bila Kerajaan membatalkan 700 biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Nyatakan jumlah pelajar yang belajar di luar Negara di bawah tanggungan Kerajaan dan kos yang terlibat.
JAWAPAN
YB Dato’ Sri Azalina binti Othman Said, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, anggaran jumlah kos yang dijimatkan bila Kerajaan membatalkan 744 biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara adalah sebanyak RM240 juta setahun.

Sehingga kini, jumlah pelajar yang belajar di luar negara di bawah tanggungan Kerajaan adalah seramai 7,736 orang pelajar. Purata kos perbelanjaan Kerajaan untuk seorang pemegang biasiswa JPA untuk setiap tahun adalah berbeza mengkiut negara dan bidang pengajian yang diikuti oleh pelajar.

Anggaran kos penajaan bagi seorang pelajar tajaan dalam negara adalah di antara RM10,350 hingga RM12,690 setahun. Manakala anggaran kos penajaan bagi seorang pelajar tajaan luar negara adalah antara RM38,115 hingga RM277,515 setahun.
Sekian, terima kasih.

Comments are closed.