RSS Subscription

“Cakap tak serupa bikin” Dalam Pelaksanaan Visa Percuma bagi Pelancong Negara China

————————————————————————————–

Datuk yang diPertua, Menteri Pelancongan dan Perdana Menteri telah beberapa kali mengumumkan perlaksanaan Pengecualian Visa dan/atau “Visa Free” diberi kepada pelancong dari Negara Republik Rakyat China ke Malaysia, tetapi keputusan ini tidak
ditunaikan dan ditunda beberapa kali.

Saya difahamkan, apa yang dijanjikan oleh Perdana Menteri dalam pengubahsuaian bajet (budget recalibration) 2016 adalah “pengecualian visa” yang bermula pada 1 Mac 2016. Tetapi selepas itu, dasar pengecualian visa ditukar kepada “permohonan visa online” dengan bayaran USD20. Dua minggu selepas tarikh “permohonan visa online” dilaksanakan, syarikat swasta yang memperoseskan visa ke Malaysia di Negara China, iaitu Ultra Kinrana Sdn Bhd meningkatkan fi pemerosesan secara mendadak sebanyak 233%, iaitu RMB400 bagi “one entry” dan RMB500 untuk “multiple entry”.

Saya ingin tahu, siapakah Pengurus dan pemilik Syarikat Ultra Kinrana dan siapa dalam anggota pengurusan syarikat tersebut, dan beliau adalah kroni kepada Menteri mana di cabinet di Malaysia?

Perkhidmatan imigresen seperti pemerosesan visa bagi pelancong China ke Malaysia memang tidak sepatutnya diswastakan.

Saya ingin tanya Kementerian Dalam Negeri:
1) Apakah kriteria syarikat Ultra Kinrana dilantik untuk memproseskan visa di China?

2) Kenapakah Kementerian Dalam Negeri tidak menguruskan proses Visa secara sendiri?

3.) Proses perlantikan Ultra Kirana adalah melalui Proses Tender atau Rundingan Terus?

4.) Kalau melalui tender, sila nyatakan syarikat-syarikat lain yang masuk tender dan kekurangan mereka berbanding dengan Ultra Kirana

5.) Apabila Ultra Kinrana meningkatkan fi pemerosesan visa pelancong China ke Malaysia, apakah ia diluluskan oleh kabinet ataupun kementerian dalam negeri? Kalau bukan kabinet atau KDN, sila nyatakan siapakah atau manakan badan yang meluluskan kenaikan fi secara mendadak .

6.) Apakah kos pemerosesan visa oleh Ultra Kinrana?

7.) Apakah pendapatan purata pemerosesan visa oleh Ultra Kinrana dalam sebulan dan setahun?

8.) Apakah nisbah antara kos dan pendapatan sepanjang tahun 2015 dan angaran pendapatan dengan kos pada tahun 2016

9.) Jumlah Untung bersih Ultra Kirana Sdn Bhd dalam memproses Visa daripada Negara China dan negara-negara lain yang dikendali oleh Ultra Kirana Sdn Bhd.

Saya difahamkan banyak agensi pelancongan di negara China dan agensi kerajaan di negara China amat marah atas penukaran dasar berkenaan dengan visa kemasukan
ke Malaysia tersebut. Saya juga diberitahu satu rombongan 500 pelajar China yang berhasrat untuk melawat Malaysia membatalkan lawatan mereka selepas Ultra Kinrana
meningkatkan fi pemerosesan visa ke Malaysia.

Memandangkan Ultra Kinrana telah mencetuskan banyak masalah dan merupakan penghalang kepada usaha kerajaan untuk menarik lebih pelancong China ke Malaysia,
saya ingin minta Kementerian Dalam Negeri membatalkan pelantikan syarikat ini dan Kementerian mengambil-alih tanggungjawab pemerosesan visa pelancong China ke
Malaysia dengan pegawai imigresen sendiri.

Comments are closed.