RSS Subscription

Kerajaan Harus Menunaikan Janji Untuk Memberi Biasiswa Kepada 744 Pelajar Cemerlang SPM 2015

———————————————————————————

“Kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya”. Janji tetap janji, apatah lagi perjanjian tersebut dibuat oleh pihak kerajaan.

Selepas pengumuman SPM 2013, 744 orang pelajar yang mendapat keputusan SPM yang cemerlang telah diberi busari untuk menuntut program pre-U di dalam Malaysia dan mereka juga dijanjikan akan dapat biasiswa untuk menyambung pengajian tinggi di luar negara selepas mereka dapat tawaran daripada universiti yang terkenal di luar negara.

Pada awal tahun ini, beberapa pelajar telah diberi tawaran oleh universiti-universiti yang bertahap dunia seperti Universiti Cambridge, Kolej Imperial dan Universiti Melbourne.

Tetapi kesalnya, janji kerajaan kepada mereka dimungkir oleh Perdana Menteri dalam pengubahsuaian bajet 2016 di mana Kerajaan hanya akan memberi biasiswa kepada pelajar untuk belajar di universiti awam dan swasta tempatan.

Selepas itu, JPA malah mengumumkan melalui laman webnya bahawa biasiswa telah ditukar kepada pinjaman dengan beberapa syarat, iaitu penerima busari diwajibkan untuk bekerja sebagai pegawai kerajaan.

Sekiranya penerima busari ini bekerja di syarikat berkaitan kerajaan(GLC), mereka perlu membayar balik 50% daripada jumlah biasiswa kepada kerajaan. Bagi mereka yang pilih untuk bekerja di sektor swasta, mereka perlu memulangkan jumlah biasiswa penuh kepada kerajaan.

Pelajar-pelajar cemerlang tersebut merupakan tunggak negara pada masa depan. Mereka bukan peminta sedekah. Mereka telah dijanjikan bahawa mereka akan dapat biasiswa daripada kerajaan persekutuan untuk belajar di luar negara. Mereka hanya meminta apa yang ditawarkan oleh kerajaan. Kenapakah Kerajaan memungkirkan janji terhadap mereka?

Laporan akhbar The Star menyatakan ramai masih tidak jelas samada pelajar-pelajar yang dapat keputusan yang cemerlang seperti 9A+ dalam SPM dalam 2016 akan dapat biasiswa busari JPA kerana Laman web untuk permohonan program ini (https://bursaryspm.moe.gov.my/) telah dihentikan buat sementara waktu.

Pada tahun lepas, Perdana Menteri menghentikan program latihan khidmat negara dalam pengubahsuaian bajet 2016 dan ia menjimatkan RM400 juta dana kerajaan.

Jadi saya cadangkan kepada kerajaan supaya menghentikan program khidmat negara dan gunakan peruntukan tersebut untuk membiayai pelajaran bagi pelajar-pelajar yang cemerlang.

Saya juga ingin menyeru Kementerian Pendidikan dan JPA meneruskan program bursari ini supaya lebih pelajar yang mendapat keputusan akademik yang cemerlang dapat meneruskan pengajian mereka di university yang terkenal di luar negara.

Comments are closed.