RSS Subscription

TARIKH : 10 MAC 2016 :
Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan daripada jumlah 1.5 juta pekerja Bangladesh yang akan dibawa masuk ke Malaysia, berapakah jumlah majikan yang memerlukan mereka, di sector-sektor manakah mereke akan ditempatkan, dan di negeri manakah mereka akan bekerja.

Jawapan:

Tuan Yang di-Pertua

Ingin saya tegaskan bahawa, angka 1.5 juta pekerja asing Bangladesh bukanlah merupakan angka yang mutlak. Jumlah sebenar kemasukan pekerja asing termasuk warganegara Bangladesh bergantung kepada keperluan sebenar majikan semasa permohonan dibuat dan akan dinilai berdasarkan kelayakan serta kemampuan setiap majikan untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti member keutamaan perkerjaan kepada rakyat tempatan terlebih dahulu.

Pekerja asing ini hanya akan dibenarkan untuk bekerja di bawah sktor perkilangan, perladangan, pertanian, pembinaan dan perkhidmatan di mana sector-sektor ini kurang diminati oleh warga tempatan. Walaubagaimanapun, Kerajaan tiada senarai mutlak majikan atau sector yang memohon untuk mengambil pekerja asing warganegara Bangladesh.

Kerajaan pada 19 Februari 2016 telah memutuskan untuk menangguhkan semua pemgambilan pekerja asing baharu termasuk pekerja warganegara Bangladesh sehingga Kerajaan berpuas hati dengan keperluan sebenar oleh pihak industri.

Comments are closed.