RSS Subscription

Saya merasa marah dan kesal melihat perbuatan gila blogger Alvin Tan yang menghina dan mengotorkan Al-Quran. Perbuatan yang mengejikan ini telah menyakiti hati kesemua umat Islam dan juga umat bukan Islam.

Kepada umat Islam, saya mesti tegaskan bahawa perbuatan Alvin Tan tidak mewakili kaum Cina dan kaum bukan Islam, kerana tiada umat bukan Islam yang waras akan melakukan perkara yang keji tersebut.

Perbuatan gila Alvin Tan ini yang merosakkan keharmonian masyarakat majmuk kita. Dia juga telah memalukan Malaysia.

Justeru itu, saya menyeru kesemua pemilik facebook memanjangkan aduan berkenaan perbuatan keji Alvin Tan kepada pentadbiran facebook, kerana kelakuan Alvin Tan bercanggah dengan jiwa dan prinsip Facebook.

Comments are closed.