RSS Subscription

Pada Hari Ahad yang lalu, saya menyertai ceramah majlis perasmian pejabat Amanah di Kawasan Parlimen Marang, iaitu Kawasan Parlimen Hadi Awang, presiden PAS.

Pemimpin yang hadir termasuk Presiden Amanah, Mat Sabu dan pemimpin lain termasuk Hanipa, Datuk Annuar Tahir, Raja Kamarul Bahrin dan juga ADUN PKR di Terengganu, Azan.

Terdapat lebih daripada 300 orang menyertai ceramah pada malam itu. Nasib baik tiada hujan pada malam itu.

Selepas ceramah pada malam itu, rombongan pemimpin Amanah pun jelajah ke Kelantan.

Good luck kepada Amanah, rakyat perlukan anda!!

 

Comments are closed.