RSS Subscription

NO. SOALAN: 45

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN    :               LISAN

DARIPADA          :               PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH]

TARIKH                 :               19 MAC 2014

RUJUKAN            :               6694

SOALAN               :              

 

PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan langkah yang akan diambil oleh Kerajaan untuk mempertingkatkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebesan Akhbar Dunia selepas Malaysia yang telah jatuh ke tingkat ke-147, iaitu tahap yang paling rendah di dalam sejarah. Apakah Kerajaan akan melarang parti politik daripada mengawal syarikat media.

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

 

Kementerian  Dalam Negeri sememangnya mengamalkan dasar terbuka, liberal dan bertanggungjawab bagi menjamin kebebesan dan liberalisasi akhbar di negara ini sejajar dengan prinsip-prinsip demokrasi dan struktur masyarakat  Malaysia yang majmuk.

 

Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan memberi kebebasan kepada rakyat Malaysia untuk bersuara dan mengeluarkan pendapat, termasuk kebebasan akhbar. Semua individu termasuk kumpulan minoriti mempunyai hak terhadap kebebasan bersuara, tetapi hak ini sewajarnya diseimbangi dengan hak majority rakyat keseluruhnya. Memandangkam Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum, agama dan budaya dan masing-masing mempunyai sensitivity yang tersendiri, maka hak individu ini sewajarnya diiringi dengan tanggungjawab bagi memastikan tidak timbul kekacauan dan gangguan keselamatan sehingga menimbulkan ketidakstabilan politik, social dan ekonomi.

Kementerian mempunyai tanggungjawab bagi memastikan media cetak tidak mengandungi unsure-unsur yang boleh memudaratkan ketenteraman awam, mengancam keselamatan negara dan meggugatkan kesejahteraan rakyat. Kita  perlu sedar bahawa sekiranya kriteria atau ukuran yang digunapakai adalah berdasarkan kebebasan mutlak yang wujud di negara Barat, maka ianya adalah bercanggah dengan sistem nilai  dan budaya masyarakat negara ini.

 

Petunjuk-petunjuk yang telah digunakan untuk mengukur atau menilai sama ada sesebuah negara itu mengamlkan kebebasan akhbar (media) oleh Reporters Without Borders adalah tidak adil dan tepat serta tidak  merujuk kepada situasi sebenar di negara ini. Analisasi telah dibuat dengan merujuk kes-kes yang tidak tepat dan tanpa maklumat yang menyeluruh. Kewujudan perundangan tidak bermakna Kerajaan mengekang kebebasan akhbar tetapi hanyalah sebagai satu mekanisme untuk memantau kandungan media agar tidak meudaratkan ketenteraman awam, kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara.

 

Kerajaan akan terus memegang prinsip bahawa wartawan mahupun pengamal media bebas menulis dan melaporkan berita, tetapi perlulah mempunyai tahap kebertanggungjawaban yang tinggi, beretika dan bersikap objektif. Mereka tidak seharusnya membelakangkan kepentingan masyarakat, rakyat dan negara, serta atau mengganggu-gugat perpaduan, kesejahteraan masyarakat dan keselamatan negara.

 

Beberapa cadangan menambahbaikan terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan 2012), terutamanya yang melibatkan elemen right to be heard sebelum keputusan untuk menggantung atau membatalkan lesen atau permit penerbitan telah dilaksanakan. Pindaan ini juga melibatkan pemberian Lesen Mesin Cetak dan Permit Penerbitan secara “one-off” dan pemegang lesen dan permit tidak perlu memperbaharui lesen dan permit mereka secara tahunan. Di samping itu, pihak yang tidak berpuashati terhadap keputusan Menteri bagi menolak. Menggantung dan membatal lesen mesin cetak dan permit pernerbitan boleh dibentangkan ke mahkamah untuk semakan kehakiman. Hasilnya cadangan pindaan telah diluluskan oleh Parlimen dan dikuatkuasakan pada 2012.

 

Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Peguam Negara turut mengkaji dan meneliti bagi penubuhan suatu  badan panapisan  kendiri (self regulatory) iaitu Majlis Media yang akan mengawalselia laporan berita di kalangan pengamal media tanpa campur tangan daripada Kerajaan. Walau bagaimanapun, sehingga kini pihak pengamal media tidak mengemukakan apa-apa cadangan balas selepas perbincangan (engagement) diadalah pada tahun 2012.

 

Comments are closed.