RSS Subscription

Many roads in Seputeh constituency and Kuala Lumpur are quite bad. In many instances, we lodged complaints but the response of DBKL has been very slow.

I asked a question in Parliament with regard to the bad roads in Kuala Lumpur and how will DBKL improve the response time to such complaint. This is the reply: —

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

 

PERTANYAAN       :           BAGI JAWAB LISAN

DARIPADA             :           PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH]

TARIKH                    :           3 JULAI 2013 (RABU)

SOALAN                   :           28

 

PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah langkah yang diambil oleh Kementerian untuk menambahbaikkan keadaan kerosakan jalan di merata-rata tempat di Kuala Lumpur. Apakah langkah yang akan diambil oleh Kementerian untuk mempercepatkan tempoh tindak balas (response time) terhadap aduan kerosakan jalan raya di Kuala Lumpur.

 

Tuan Yang di-Pertua,

 

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Seputeh, punca-punca kerosakan jalan adalah seperti berikut:-

1)                  Kerja-kerja membaikpulih lubang gali oleh agensi/ syarikat utiliti yang kurang memuaskan;

2)                  Pengorekan jalan secara haram (tanpa permit);

 

3)                  Paip air/ pembetungan yang pecah/bocor;

 

4)                  Takungan air atas permukaan jalan;

 

5)                  Asas jalan mengalami kerosakan jalan; dan

 

6)                  Tumpahan diesel/ minyak dan konkrit.

 

Langkah-langkah yang diambil oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menangani masalah kerosakan jalan adalah seperti berikut:-

1)                  Mulai tahun 2013, syarat-syarat telah dikenakan kepada agensi/ syarikat utiliti untuk memasang kabel paip dengan teknologi ‘trenchless’ seperti ‘horizontal directional drilling (HDD)’ atau cara ‘pipe jacking’ terutama sekali di bawah jalan raya dan jalan-jalan utama;

 

2)                  Menaikkan kadar denda kepada syarikat-syarikat utiliti yang menjalankan kerja korekan jalan dan tidak membaik pulih semula jalan dengan betul dan sempurna;

 

3)                  Menaiktaraf longkang dan salur air (outlet) tepi jalan. DBKL mengenal pasti salah punca kerosakan jalan adalah disebabkan oleh air tidak mengalir dengan cepat ke longkang tepi jalan akibat dari salur air yang tersumbat. Air yang bertakung lama atas jalan akan melemahkan struktur permukaan jalan.

 

4)                  Di samping itu, DBKL mempunyai sistem ‘auditing’ dan pemeriksaan jalan untuk menentukan senarai keutamaan jalan-jalan yang perlu diturap;

 

5)                  Bagi memastikan kualiti turapan, DBKL juga menjalankan pemeriksaan audit kualiti bersama IKRAM terhadap kerja penurapan jalan yang telah disiapkan.

 

DBKL mempunyai program yang berterusan dalam menambahbaik kerosakan jalan di sekitar Kuala Lumpur.

 

1)                  Penurapan jalan berkala

Kerja penurapan jalan dijalankan secara berperingkat melalui program yang telah dirancang mengikut peruntukan kewangan DBKL bagi penyelenggaraan jalan. Kerja-kerja ini dilakukan oleh kontraktor yang dilantik secara tender terbuka.

 

2)                  Penyelenggaraan Berskala Sederhana dan Kecil

DBKL telah dilantik kontraktor berpenggal untuk menyelenggara jalan di sebelas (11) kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kontraktor yang dilantik ini akan mengambil tindakan dalam masa 3 hari untuk membaik pulih kerosakan jalan tersebut.

 

3)                  Pasukan Penyelenggaraan Rutin (Tenaga Jabatan)

DBKL mempunyai Pasukan Penyelenggaraan Jalan bagi membaik pulih kerosakan jalan yang berskala kecil ‘pothole’. Bagi memudahkan kerja penyenggaraan, Pasukan ini dibahagikan mengikut kawasan Parlimen dan akan melakukan rondaan harian di semua kawasan Parlimen dan mengambil tindakan dalam tempoh 24 jam bagi menampal ‘pothole’ berdasarkan aduan atau pun  hasil rondaan harian. Pada tahun 2012, sejumlah 19,019 bilangan ‘potholes’ telah dibaiki melalui tenaga jabatan berbanding  dengan 3,986 aduan awam berkenaan kerosakan jalan yang diterima. Untuk tahun 2013 sehingga 31 Mei 2013, bilangan ‘potholes’ yang telah dibaiki melalui tenaga jabatan ialah 5,496 berbanding dengan 1,329 aduan awam yang diterima.

 

Comments are closed.