RSS Subscription

1052323_621720197839105_1839177206_o

YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri), Datuk Dr Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar (berdiri) dan saya

Pada 24 Jun 2013, selepas semua ahli parlimen angkat sumpah dan mengadakan sesi foto bersama, kami pun makan bersama.

Hari itu Zahid Hamidi agak sporting, dia jemput saya duduk bersama dengan dia di meja yang diduduki oleh Ong Kian Ming dan beberapa ahli parlimen PKR.

Saya ambil kesempatan untuk mengadu dengan dia tentang masalah yang saya hadapi dengan polis di Kawasan Parlimen Seputeh. Saya sudah menulis beberapa surat untuk minta polis di Brickfields untuk adakan sesi dialog dengan penduduk di kawasan saya yang menghadapi kadar jenayah yang tinggi, tetapi OCPD di Brickfields tidak mengendahkan permintaan saya.

Zahid janji akan tolong saya dan malah mencadangkan saya tubuhkan “community police” dan beliau kata dia akan tolong saya.

Saya cadangkan dia tubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas untuk Mengkaji Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Keseksaan seperti apa yang pernah ditubuhkan di Parlimen dahulu. Dia minta saya sebut dalam ucapan saya dan dia akan jawab secara positif :-))

Lepas itu, saya ambil gambar bersama dengan beliau dan timbalannya Wan Junaidi, bekas timbalan speaker Dewan Rakyat.

One Response to “Zahid Hamidi Janji Bekerjasama Untuk Mencegah Jenayah”

  1. on 25 Jun 2013 at 21: 54.00 muhid ibrahim

    Wah bukan main baik hati YB Dato’ Dr. Ahmad Zahid Hamidi ajak sekali ahli parlimen Seputeh yang muda lagi cantik manis duduk semeja dengan beliau. Siap bergambar pula berposing sakan. Ajak pula Datuk Dr Wan Junaidi bergambar bersama supaya jangan ketara sangat. Dato’ Dr. Zahid Hamidi ini adalah orang kampung saya di Kg. Sungai Nipah, Bagan Datoh Perak. Syabas Dato’ menang PRU13 Parlimen Bagan Datoh. Ada buat kenduri kesyukuran sebagai tanda kemenangan. Orang kampung semua dah tahu. Jangan marah ya Dato’