RSS Subscription

1052345_621232424554549_1171078858_o

Semalam, 22 Jun 2013, saya menghadiri Jamuan Sambutan Keamatan anjuran DAP Sabah di Kota Kinabalu.

Program jamuan sambutan ini agak berlainan dengan jamuan DAP yang biasa programnya adalah ucapan politik, tetapi jamuan malam ini penuh dengan atmosfera yang relaks. Banyak persembahan lagu, tarian dan musik diadakan.

Selain itu, penganjur juga tidak lupa memasukkan pertandingan ratu cantik Kadazan Dusun.

Para wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk saya telah dijemput naik ke pentas untuk melakukan program mainan tradisi KDM/Borneo, termasuk meniup jarum untuk pecahkan balon, dan menari tarian galah (bamboo).

Kaki saya dikepit beberapa kali kerana memang saya tak pandai lakukan tarian dengan musik yang rancak ini

Terdapatnya sessi soal-jawab dalam pertandingan ratu cantik untuk menguji pengetahuan peserta tersebut.

Akhirnya, salah seorang peserta pertandingan ratu cantik yang berjaya menjawab soalan: “Apakah maksud DAP?” dipilih menjadi ratu cantik. Jawapannya ialah “Democratic Action Party”. Jawapan yang mudah sekali! Ha ha! ;-))

Pada akhir program itu, Lim Guan Eng dijemput untuk memberi hadiah kepada ratu cantik, termasuk meletakkan mahkota (beauty queen crown) atas kepala pemenang Ratu Cantik Kadazan Dusun.

Saya rasa nak ketawa bila lihat Lim Guan Eng hampir gagal letakkan mahkota atas kepala pemenang kerana rambut pemenang disikat dengan kerasnya. Ha ha!!

Penyertaan jamuan malam Hari Keamatan ini membolehkan saya “lari” daripada perhimpunan “Blackout 505″ di Padang Merbok yang diadakan pada petang di bawah matahari kuat…. Cahaya matahari yang kuat akan rosakkan kulit muka lah…….Jamuan Keamatan adalah lebih seronok :-pp

IMG_8020

IMG_8041

1015672_621232461221212_1501424200_o

 

One Response to “Selamat Hari Keamatan, Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan”

  1. on 25 Jun 2013 at 23: 25.40 kingdom

    wah, I should have attended and danced