RSS Subscription

By Fazy Sahir
Free Malaysia Today
KUALA LUMPUR | Feb 15, 2013

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengumumkan tarikh pilihan raya umum dalam tempoh 60 hari selepas beliau mengumumkan keputusan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor itu nanti.

Abdul Khalid berkata, menjadi tugas badan bebas itu untuk menyesuaikan tarikh tersebut dengan kerajaan Pusat jika mahu pilihan raya umum diadakan secara serentak.

Bagaimanapun kesesuaian tarikh itu juga akan menjadi penentu sama ada pilihan raya akan diadakan secara serentak atau berasingan.

“Apabila saya umumkan pembubaran dari tarikh pengumuman itu, SPR mesti mengadakan PRU dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran DUN Selangor. Kalau saya umumkan terpulang pada SPR untuk sesuaikan tarikh dengan Kerajaan Pusat, namun jika tidak sesuai saya buat pilihan raya dulu. Jika sesuai kita buat pilihan raya sama,” katanya selepas merasmikan majlis pecah tanah projek jambatan ketiga di Klang pagi tadi.

Menurut beliau rakyat kini masih tertunggu-tunggu mengenai tarikh pilihan raya dan ini memburukkan keadaan kerana sektor pelaburan turut terbantut.

“Rakyat sudah tertunggu, gosip banyak. Jadi rakyat tak buat kerja..asyik tunggu PRU. Keputusan pelaburan tidak dibuat, tinggal kita sahaja yang berani sebab buat pecah tanah.

“Bisnes lain tunggu PRU, lagi lama PRU tidak diadakan lagi lambat ekonomi kita untuk dibangunkan,” katanya.

Tempoh matang bagi DUN Selangor adalah 22 April manakala bagi parlimen terbubar secara automatik pada  28 April 2013.

Semalam, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar dalam sidang medianya berkata badan bebas itu mempunyai kuasa mutlak menentukan tarikh PRU dalam tempoh 60 hari selepas DUN dibubarkan.

Ia sebagai maklum balas kepada kenyataan Abdul Khalid yang bercadang untuk membubarkan DUN selepas sambutan Cap Goh Meh iaitu pada hujung bulan ini.

Maklumat perbincangan belum diketahui

Sementara itu beberapa Adun mengakui bahawa mereka masih belum dimaklumkan mengenai perbincangan tersebut.

Menurut Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman beliau masih belum menerima maklumat mengenai perbincangan pembubaran DUN tersebut.

“Maaf, saya belum menerima maklumat (perbincangan) mengenai tarikh pembubaran DUN Selangor,” katanya melalui SMS.

Perbincangan itu akan diadakan bersama sekutu dalam Pakatan Rakyat dan Adun Selangor.Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengumumkan tarikh pilihan raya umum dalam tempoh 60 hari selepas beliau mengumumkan keputusan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor itu nanti.

Abdul Khalid berkata, menjadi tugas badan bebas itu untuk menyesuaikan tarikh tersebut dengan kerajaan Pusat jika mahu pilihan raya umum diadakan secara serentak.

Bagaimanapun kesesuaian tarikh itu juga akan menjadi penentu sama ada pilihan raya akan diadakan secara serentak atau berasingan.

“Apabila saya umumkan pembubaran dari tarikh pengumuman itu, SPR mesti mengadakan PRU dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran DUN Selangor. Kalau saya umumkan terpulang pada SPR untuk sesuaikan tarikh dengan Kerajaan Pusat, namun jika tidak sesuai saya buat pilihan raya dulu. Jika sesuai kita buat pilihan raya sama,” katanya selepas merasmikan majlis pecah tanah projek jambatan ketiga di Klang pagi tadi.

Menurut beliau rakyat kini masih tertunggu-tunggu mengenai tarikh pilihan raya dan ini memburukkan keadaan kerana sektor pelaburan turut terbantut.

“Rakyat sudah tertunggu, gosip banyak. Jadi rakyat tak buat kerja..asyik tunggu PRU. Keputusan pelaburan tidak dibuat, tinggal kita sahaja yang berani sebab buat pecah tanah.

“Bisnes lain tunggu PRU, lagi lama PRU tidak diadakan lagi lambat ekonomi kita untuk dibangunkan,” katanya.

Tempoh matang bagi DUN Selangor adalah 22 April manakala bagi parlimen terbubar secara automatik pada  28 April 2013.

Semalam, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar dalam sidang medianya berkata badan bebas itu mempunyai kuasa mutlak menentukan tarikh PRU dalam tempoh 60 hari selepas DUN dibubarkan.

Ia sebagai maklum balas kepada kenyataan Abdul Khalid yang bercadang untuk membubarkan DUN selepas sambutan Cap Goh Meh iaitu pada hujung bulan ini.

Maklumat perbincangan belum diketahui

Sementara itu beberapa Adun mengakui bahawa mereka masih belum dimaklumkan mengenai perbincangan tersebut.

Menurut Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman beliau masih belum menerima maklumat mengenai perbincangan pembubaran DUN tersebut.

“Maaf, saya belum menerima maklumat (perbincangan) mengenai tarikh pembubaran DUN Selangor,” katanya melalui SMS.

Perbincangan itu akan diadakan bersama sekutu dalam Pakatan Rakyat dan Adun Selangor.

Comments are closed.