RSS Subscription

Kenyataan akhbar Teresa Kok, Exco Kerajaan Selangor merangkap Pengerusi Tetap Jawatankuasa Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan Selangor Pada 13 Februari 2013 di Shah Alam

 

Bagi tempoh Januari hingga Oktober 2012, Negeri Selangor mencatatkan prestasi pelaburan yang cemerlang di mana Selangor mendahului mendahului negeri-negeri lain dari segi bilangan projek yang diluluskan dan nilai pelaburan yang diterima, dan yang paling utama ialah, kita telah berjaya mencapai sasaran jumlah pelaburan yang ditetapkan iaitu sebanyak RM 10 bilion.

 

Selangor mencatatkan jumlah pelaburan tertinggi berbanding negeri-negeri lain dengan jumlah pelaburan sebanyak RM 10,520,423,933 dengan 211 projek perkilangan yang diluluskan iaitu  sebanyak 30% daripada jumlah nilai pelaburan di Malaysia

Dari jumlah pelaburan yang diluluskan,  sebanyak RM 6,531,026,324 (62%) adalah daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM 3,989,397,609 (38%) daripada pelaburan asing.

 

Ini menunjukkan negeri Selangor masih kekal sebagai destinasi pilihan pelaburan. Dari segi pelaburan yang diterima, pelabur tempatan merupakan penyumbang utama iaitu sebanyak 62% berbanding pelabur asing sebanyak 38% dan ini secara langsung menunjukkan para pelabur tempatan menaruh keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinan Kerajaan Negeri.

 

Sila lihat Jadual 1 yang dilampirkan di sini.

 

Projek Perkilangan Yang Diluluskan.

Berdasarkan statistik terkini yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Selangor mencatatkan jumlah bilangan projek yang tertinggi dengan 211 projek iaitu sebanyak (36%) daripada keseluruhan projek yang diluluskan di Malaysia.

 

Sebanyak 131 projek merupakan projek baru dengan nilai pelaburan berjumlah RM 7,477,168,607 dan sebanyak 80 projek merupakan projek pembesaran dan pelbagai dengan nilai pelaburan berjumlah RM 3,043,255,326

 

Jumlah Potensi Peluang Pekerjaan Diwujudkan

Dari segi potensi peluang pekerjaan pula, Negeri Selangor turut mencatatkan jumlah potensi peluang pekerjaan tertinggi iaitu sebanyak 18,975 peluang pekerjaan. Dari segi peratus, Selangor mencatatkan sebanyak 31% daripada jumlah peluang pekerjaan yang diwujudkan di seluruh Malaysia

Sebanyak 11,854 peluang pekerjaan diwujudkan daripada projek baru dan sebanyak 7,181 diwujudkan daripada projek pembesaran dan pelbagai

Sila lihat Jadual 2 yang dilampirkan di sini.

 

Projek Perkilangan Yang Diluluskan Mengikut Penyertaan Pelabur Asing

Pelabur daripada Negara China merupakan pelabur utama dengan nilai pelaburan berjumlah RM 1,256,853,471 daripada 9 projek. Ini diikuti dengan pelabur dari Singapura dengan pelaburan berjumlah RM 595,364,417 daripada 16 projek dan pelabur dari Jerman sebanyak RM 335,426,423 daripada 9 projek.

 

Sila lihat Jadual 3 yang dilampirkan di sini.

 

Kelulusan Mengikut Industri

Industri Pembuatan Barangan Peralatan Kenderaan mencatatkan nilai pelaburan tertinggiiaitu sebanyak RM 4,453,473,291 dengan 34projek. Ini diikuti Industri Pembuatan Barangan Elektrik dan Elektronik sebanyak RM 1,592,025,128 dengan 19 projek dan Industri Pembuatan Barangan Makanan sebanyak RM 1,069,073,394 dengan 17 projek.

 

Sila lihat Jadual 4 yang dilampirkan di sini.

 

Kelulusan Projek Mengikut Daerah

Daerah Petaling mencatatkan jumlah pelaburan tertinggi, iaitu sebanyak RM 3,560,245,302 dengan 78 projek, diikuti Daerah Hulu Selangor sebanyak RM 2,221,051,048 dengan 6 projek dan Daerah Klang mencatatkan nilai pelaburan ketiga tertinggi iaitu sebanyak RM 1,576,494,477 dengan 48 projek.

 

Sila lihat Jadual 5 yang dilampirkan di sini.

 

Akhirnya, pihak Kerajaan Negeri Selangor menjangka Selangor akan terus berada dalam kedudukan nombor 1 sehingga akhir tahun 2012. Demi menunjukkan penghargaan Kerajaan Negeri Selangor terhadap pelabur yang menaruh pelaburan di Selangor dan menyumbang kepada peningkatan pelaburan di Selangor, pihak Selangor State Investment Centre (SSIC) akan menganjurkan jamuan penghargaan  kepada para pelabur pada 7.30pm, 16 Februari 2013 (Sabtu)  di I-City.

 

 

Teresa Kok

 

Comments are closed.