RSS Subscription

IMG-20130127-02198

Pada tengahari ini (27.1.2012), saya pergi ke Masjid Nurul Iman di Kg Tengah untuk beri sumbangan kepada para mangsa banjir yang bermalam di masjid ini sejak rumah mereka diserang banjir pada petang hari Jumaat yang lalu.

Terdapat 41 keluarga di kampong tersebut terlibat dalam banjir, tetapi hanya 25 keluarga yang berpindah ke masjid ini untuk mendapat perlindungan.

Saya menziarahi para mangsa semalam dan saya datang hari ini sekali lagi dengan tujuan memberi sumbangan kepada kesemua keluarga yang terlibat.

Saya beri setiap keluarga mangsa banjir RM150, dan RM50 kepada setiap pembantu yang menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.

Saya menyuarakan penghargaan saya kepada semua pegawai kerajaan daripada Pejabat Daerah Petaling, MPSJ, Jabatan Kebajikan, ketua kampong dan JKKKnya, penghulu, Iman masjid dan sukarelawan.

Kesemua pembantu dan pegawai kerajaan ini telah mula menghulurkan bantuan sejak banjir berlaku pada malam Jumaat yang lepas.

Saya juga memuji pihak masjid kerana sudi membenarkan ruang masjid untuk dijadikan tempat perlindungan kepada para mangsa banjir.

Kesemua ini menunjukkan hubungan yang mesra di antara pelbagai pihak di Kampong Tengah.

Teresa Kok

IMG-20130127-02197

IMG-20130127-02192

IMG-20130127-02185

Comments are closed.