RSS Subscription

Pada Sept 15, 2012, penduduk di sekitar Kampung telah menganjurkan rumah terbuka Majlis Mesra Aidil-Fitri dengan warga penduduk di Masjid Nurul Iman, kampung Tengah, Puchong.

Gobind dengan saya telah hadir untuk meraikan perayaan ini bersama dengan penduduk di Kampung Tengah.

Ustaz Ruslan, Pengerusi bagi Majlis ini, mengucapkan ribuan terima kasih kepada sokongan, bantuan dan sumbangan oleh Gobind dan saya bagi menjayakan Majlis ini.

Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk kampung tengah.

Pelbagai gerai makan/minum yang ada di situ, khas diurus dan dimasak oleh penduduk kampung tengah sendiri.

Selain itu, terdapat persembahan kumpulan nasyid oleh kanak-kanak di kampung tengah bagi memeriahkan lagi suasana majlis itu.

Comments are closed.