RSS Subscription

Pada malam semalam, seramai 1300 wanita telah hadir ke Majlis Pelancaran Agenda Wanita Malaysia yang berlangsung di Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor. Saya berasa bangga dan gembira bahawa banyak penyokong wanita dan lelaki PR telah hadir bersama demi untuk menunjukkan sokongan dasar Agenda Wanita Malaysia.

Objektif majlis ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada rakyat tentang kepentingan hak wanita dalam pelbagai aspek khususnya dalam pembangunan negara.

Tidak boleh dinafikan wanita telah banyak memberikan pengorbanan khususnya dalam pembangunan insan keluarga.

Saya percaya kaum wanita di Malaysia memerupakan dorangan dan penggerak yang penting untuk membangunkan dan memajukan negara ini ke arah meningkatkan kualiti hidup rakyat dan menjadikan Malaysia sebuah negera yang aman dan selamat bahi warganya.

Jesteru, Negeri Selangor yang di bawah pimpinan Pakatan Rakyat telah menjadi pioneer atau spearhead  dalam perkara ini di mana MPWS (Majlis Permuafakatan Wanita Selangor) telah ditubuhkan bagi memantau pembangunan wanita Selangor. Ia berfungsi sebagai penasihat dalm polisi dan memberi cadangan & kepakaran dalam Pelan Tindakan Wanita Selangor (PTWS)

Comments are closed.