RSS Subscription

SOALAN NO. 65

 

 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN       :           LISAN

 

TARIKH                    :           21 JUN 2012 (KHAMIS)


DARIPADA              :           PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH]

SOALAN:

Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah pemegang biasiswa JPA yang tidak dapat menunaikan kontrak untuk berkhidmat dengan Kerajaan sejak JPA diadakan. Berapakah pemegang biasiswa JPA yang telah dibebaskan daripada ikatan kontrak selama ini.

 

JAWAPAN:  YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ

                        MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

 

Tuan Yang Di Pertua,

 

Bilangan pelajar tajaan Kerajaan (JPA) yang ditaja mulai 2000 yang telah menamatkan pengajian dan tidak menunaikan kontrak untuk berkhidmat dengan Kerajaan adalah seramai 248 orang. Manakala jumlah pelajar yang telah dibebaskan daripada ikatan kontrak adalah seramai 175 orang, selepas selesai membayar ganti rugi.

 

Sekian, terima kasih.

Comments are closed.