RSS Subscription

Kenyataan media oleh Teresa Kok, EXCO Kanan Kerajaan Negeri Selangor dan Ahli Parlimen Seputeh di Shah Alam pada 28 Januari 2011

Adanya Jabatan FLOM, atau “First Lady of Malaysia Division” di Pejabat Perdana Menteri membuktikan bahawa Najib Razak telah berbohong kepada Dewan Rakyat apabila beliau berkata bahawa Rosmah Mansor tiada kakitangan beliau sendiri, manakala Rosmah yang tidak menidakkan kenyataan tersebut turut bersalah dalam pembohongan ini.

Perdana Menteri Najib Razak telah berbohong kepada Dewan Rakyat pada November 2010 dalam jawapan beliau kepada Ahli Parlimen Bukit Bendera, di mana beliau berkata tiada kakitangan sepenuh masa atau berkontrak yang melapor kepada isteri beliau, Rosmah Mansor. (Sumber: http://bm.liewchintong.com/?p=350)

Kenyataan Najib dibuktikan tidak benar dengan pendedahan bahawa adanya Jabatan FLOM (First Lady of Malaysia Division) di dalam Jabatan Perdana Menteri yang ditubuhkan khas untuk berkhidmat kepada Rosmah Mansor, yang ditemui dalam laman web Jabatan PM.

Penarikan balik laman web ini 2-3 hari yang lalu apabila dikritik orang ramai juga menimbulkan beberapa tanda soal mengenai jabatan ini.

Jabatan FLOM adalah satu unit lengkap. Ianya ada 6 kakitangan, sama pangkat dengan Jabatan Media, Dasar dan Penyelidikan, serta SMPKE/ICT, dan lebih besar dari Jabatan Ekonomi, yang kononnya penting sangat kepada Najib.

Dengan pendedahan ini, Najib harus menjawab mengapa beliau bohong, mengakui kesalahan beliau dan mengambil tanggungjawab kerana berbohong kepada Dewan Rakyat dan rakyat Malaysia.

“First Lady”Rosmah Mansor juga harus menjawab mengapa beliau berdiam diri dan membiarkan saja pembohongan Najib, justeru turut menanggung tanggungjawab bagi kesalahan ini.

Sebagai pemimpin Malaysia dan wakil Malaysia di persada dunia, Perdana Menteri dan isterinya dimestikan mengamalkan tahap integriti yang tertinggi, demi menjamin nama baik negara dan masa depan anak-anak kami. Saya mendesak semua rakyat Malaysia agar tidak membiarkan saja pembohongan Najib Razak. Sebaliknya, rakyat Malaysia harus mempertangungjawabkan Najib Razak dan Rosmah Mansor bagi segala kesalahan mereka.

Teresa Kok

7 Responses to “Najib Razak telah berbohong kepada Dewan Rakyat mengenai isterinya Rosmah Mansor”

  1. on 29 Jan 2011 at 22: 44.46 Cina Kedah

    Perkara sebegini kita kena tanya balik kepada duhai
    Tun Bendahara Mamak apa pendapat beliau yang memberi sokongan kepada Najib.

  2. on 29 Jan 2011 at 23: 57.25 eshmaelajenoor

    Kalau lah benar semuanya ini…alangkah hinanya ahli2 barisan nasional yang tahu mengenai perkara ini!!tapi apalah nak di persoalkan sedangkan kes hospital shah alam yang merupakan satu lagi kes ketirisan integriti, yang menyebabkan ketirisan kewangan yang sistemetik akan memberikan modal untuk mereka memoket duit2 ini secara halus….memang betul kot 888 bilion di songlap oleh chedet n gang!!

  3. on 30 Jan 2011 at 11: 35.05 Compass

    Flom – free lunch on Malaysian
    Flom – fast losing our money

  4. on 30 Jan 2011 at 15: 42.29 Abbas Bin Ramli

    Theresa, will you marry me?

  5. on 30 Jan 2011 at 21: 07.21 baba melaka

    apa perlunya FLOM?…apa perlunya rosmah menjalankan tanggungjawab yg sudah ada menteri dan timbalannya, pengarah dan pengurusnya…apakah najib mahu menjerumuskan Mlaysia kearah Malaysia yg kucar kacir dan huru hara oleh kerana campurtangan rosmah…apakah rosmah yg gila kuasa ni tak nampak apa yg terjadi pada negarax lain….lebih baik mak datin duduk rumah…ikut najib dalam majlisx rasmi dpd mengganggu keharmonian negara…..

  6. on 02 Feb 2011 at 22: 17.45 zztop

    Teresa and team, need you folks help to very this. Just recieved this mail from friend. If this is indeed true, then God help the non-muslim/malay food industries!!!!!!!!!!

    “What is becoming of Malaysia ? The nightmare is evolving and those caught in it are mainly the Chinese and Indians, and perhaps multinational corp with operations in M’sia. I feel sad to receive this email.

    Its so sad and what a terrible economic and commercial tragedy that hard working, honest, dedicated entrepreneur like your goodself has to face such kind of rulings in the food business.

    It must also been horrific and financially disastrous that Dato
    Jackson ‘s Sliverbird factory is forced to close down under such heart breaking circumstances.

    I know about the IKEA’s restaurant’s shut down because of the so-called question on the alleged foodstuff halal certification.

    May the mercy and compassion of God Almighty be upon 1Malayasia !!
    God help this country !!

    On Fri, Oct 8, 2010 at 9:56 AM, Sani Ong wrote:

    Dr.Martin, The Halal Hype that is going on in our country will force many SMIs involved in food production and distribution to close shop. JAKIM has muscled its way to make itself the Monopoly of the Halal certificate. In April 2011 the Halal Act will be passed by Parliament where only Jakim has the monopoly to issue the certificate.

    Each certificate cost about RM1000 and with 2000 line items in my company I will have to foot out RM2,000,000 and that is if I am lucky to get all those approved. I might as well close down my business and retrench all the 60 staff with some 100 odd dependents.

    The Government will be deprived of some RM800,000 worth of taxes and duties. The Food standard will definitely decline as chefs will have less ingredients to work with. The Halal procedures will increase the food cost by 10%. JAKIM does
    not care for the economy of the country. All it cares for is its rice bowl to ensure that it is relevant and seen to be working hard.

    Look at the way it closed down IKEA for two weeks. Look at the way it closed down Silverbird in Nilai. It does not care for the business environment in this country.

    Even mineral water has halal logo. Eventually all vegetable, fish, grains, rice, etc will need halal logo. Eventually all Muslims will not touch all non Muslims if the Halal fever is allowed to spread. Even Saudi Arabia is not as strict as Jakim. I have suppliers who could sell their products into Saudi Arabia but not in Malaysia .

    80% of the food industry is run by Non Malays. One of the criteria to obtain the Halal Certificate for restaurants is to employ Malaysian Muslim. If you do not have any Malaysian Muslim in your restaurant you will not be issued with a Halal certificate.
    Where are we heading???? “

  7. on 07 Feb 2011 at 15: 41.43 bawal

    Ok ler tu..

    Anwar dan ramai2 pempin2 PAKATAN pun kuat berbohong..

    nak buat camne..semua pempin2 kita termasuk ler kita sendiri pun rajin berbohong.