RSS Subscription

This is the Parliament answer which I cited when I addressed industrialists at the Labour Shortage workshop organised by Selangor State Government and Federation of Malaysian Manufacturers last week.

Pertanyaan: Lisan

Daripada: YB Puan Teresa Kok Suh Sim

Tarikh: 10 Jun 2010

Soalan: Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bilangan pekerja yang tidak cukup dalam sektor perkilangan dan pembuatan mengikut pecahan negeri di Malaysia. Apakah langkah yang akan diambil oleh Kerajaan untuk mengatasi masalh ini memandangkan kekurangan pekerja yang telah menyebabkan pelabur asing menarik pelaburan dari Malaysia.

PR-1232-L38398

Jawapan:

Tuan Yang Di-Pertua,

Pendaftaran kekosongan jawatan aktif oleh majikan dalam JobsMalaysia sehingga 31 Mei 2010 bagi sektor perkilangan dan pembuatan sebanyak 78,553 dan pecahannya  adalah seperti berikut:

Negeri Sektor Pembuatan dan Perkilangan

(kekosongan ditawarkan)

Perlis

81

Kedah

4511

Pulau Pinang

12821

Perak

3375

Selangor

23246

Negeri Sembilan

2652

Melaka

4098

Johor

21336

Pahang

1036

Terengganu

247

Kelantan

763

WP Kuala Lumpur

1949

WP Putrajaya

1

WP Putrajaya

1682

Sabah

531

Sarawak

224

Jumlah

78553

Tuan Yang di-Pertua

Daripada jumlah kekosongan di atas, sebanyak 28,478 (termasuk 9,056 penempatan melalui sistem jobsMalaysia) telah diisi. Pengisian telah dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti penempatan Program Penempatan Pekerjaan (3P) dan Program Penempatan Pekerjaan Khas (3P), temuduga terbuka serta pengisian oleh golongan orang kurang upaya (OKU) dan suri rumah.

Bagi mengisi baki kekosongan di atas, Kementerian telah melaksanakan usah-usaha yang berterusan menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Mengadakan Program Penempatan Pekerjaan (3P) bagi menemukan pencari kerja dan majikan secara langsung. Program ini diadakan dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja di seluruh negara. Dengan sasaran sekali dalam setahun bagi peringkat nasional di setiap negeri dan dua kali setahun bagi mini 3P di setiap negeri, program ini merupakan platform yang menghubungkan secara langsung majikan yang menawarkan pekerjaan dengan pencari kerja dari pelbagai golongan. Program ini dapat memobilisaxikan tenaga kerja secara lebih berkesan,
  2. Mengadakan Program Penempatan Pekerjaan Khas 1 KSM melalui Azam Kerja mengikut senarai e-Kasih. Golongan sasaran Kementerian adalah bagi golongan miskin dan miskin tegar yang telah dikenalpasti ingin bekerja,
  3. Kerajaan telah menubuhkan 11 Pusat JobsMalaysia (JobsMalaysia Centre) di seluruh negara berdasarkan kaedah kemanusiaan (human touch) dan menggunakan portal JobsMalaysia sebagai enabler. Pelaksanaan pusat-pusat seperti ini telah banyak dilaksanakan di negara-negara maju seperti Jepun dan korea, dan kita mengambil contoh seperti apa yang telah dilaksanakan di sana,
  4. Mengadakan temuduga terbuka di Jabatan Tenaga Kerja negeri di seluruh negara bagi mempastikan pekerja tempatan mengisi kekosongan ini,
  5. Mengadakan perundingan dengan majikan supaya bayaran upah yang lebih tinggi dan lain-lain kemudahan ditawarkan kepada pekerja sebagai tarikan kepada pekerja tempatan,
  6. Mensyaratkan pengambilan pekerja asing dikurangkan dengan mengambil kira keperluan sebenar setiap syarikat. Langkah ini dapat mengurangkan pengambilan pekerja asing secara berperingkat.

Tuan Yang di Pertua,

KSM juga telah menyediakan perancangan jangka panjang bagi mengatasi masalah kekurangan pekerja di samping memastikan pelabur asing terus kekal di dalam negara. Antara langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut:-

  1. Menyediakan latihan kemahiran bagi melengkapkan kemahiran pencari kerja bagi memenuhi keperluan jawatan yang dupohon dengan memberi kursus mengikut keperluan sebenar majikan,
  2. Mewujudkan Dasar Pendapatan Tinggi dengan mengkaji Gaji Minima di semua sektor,
  3. Memberi kemudahan pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) untuk meningkatkan kemahiran para pencari kerja,
  4. Menyediakan Program Perantisan dan Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) bagi melatih calon-calon pekerja dalam bidang yang diperlukan oleh sektor perkilangan dan pembuatan,
  5. Memberi makluman dan sebaran kerjaya melalui Career Information Centre (CIC) dalam laman web Kementerian,
  6. Menggalakkan penggunaan teknologi automasi bagi mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga buruh,
  7. Mencadangkan supaya penempatan industri pembuatan dan perkilangan dibuka di kawasan luar bandar yang mempunyai penawaran tenaga kerja yang tinggi bagi mengatasi masalah kekurangan pekerja dalam sektor perkilangan dan pembuatan,
  8. Menggalakkan majikan untuk menggunakan kaedah Home Base Working bagi kerja-kerja yang boleh dibuat di luar premis oleh latent workforce seperti surirumah, ibu tunggal, belia, OKU dan pesara bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja,
  9. Meneruskan usaha mengurangkan kebergantungan kepada pekerta asing melalui mekanisme levi, membekukan pengambilan pekerta asing tertentu mengikut negara sumber, tiada kelulusan baru kepada pembekal dan pengurus pekerja asing baru, pekerja asing hanya dibenarkan bekerja dalam negara ini selama 5 tahun dan memperkemaskan semua prosidur dan proses pengambilan pekerja asing.

Tuan Yang di Pertua,

Adalah diharapkan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan akan dapat mengatasi masalah kekurangan pekerja di sektor perkilangan dan pembuatan dan seterusnya dapat mengekalkan pelabur asing melabur di negara ini.

Comments are closed.