RSS Subscription

Pertanyaan: Bukan Jawab Lisan

Daripada: Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ]

Rujukan: 2200

Soalan:

Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ]  minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

a) bilangan pegawai polis yang direkrut oleh PDRM sejak tahun 2006 hingga September 2009 mengikut gender, kaum, tahap pendidikan dan negeri yang direkrut; dan

b) nyatakan bahagian PDRM manakah yang rekrut baru ini diletakkan.

Jawapan:

Tuan Yang Dipertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Seputeh yang mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan dewan yang mulia, jumlah pengambilan pegawai dan anggota polis pada tahun 2006 hingga September 2009 ialah seramai 20,967 orang. Daripada jumlah tersebut 17,970 orang adalah lelaki manakala bakinya 2,997 orang adalah wanita. Pecahan pegawai dan anggota yang diambil mengikut kaum adalah seperti berikut:

Kaum

Bilangan

Peratus

Melayu

17,570

83.8%

Cina

291

1.39%

India

533

2.54%

Lain-Lain Bumiputra

94

0.45%

Lain-Lain Bangsa

2,479

11.82%

Jumlah

20,967

100%

Tuan Yang Dipertua,

Pecahan pegawai dan anggota yang diambil mengikut tahap pendidikan dan negeri pula adalah seperti berikut:

Tahap Pendidikan

Bilangan

Peratus

Ijazah

1,390

6.63%

Diploma / STPM

3,414

16.28%

KPSL

250

1.20%

SPM

15,198

72.49%

SRP / PMR

715

3.40%

Jumlah

20,967

100%

.

Negeri

Bilangan

Peratus

Perlis 518 2.47%
Kedah 2,077 9.91%
Pulau Pinang 782 3.73%
Perak 1,928 9.20%
Selangor 1,851 8.83%
Kuala Lumpur 2,410 11.49%
Negeri Sembilan 1,168 5.57%
Melaka 1,125 5.37%
Johor 1,687 8.04%
Pahang 1,133 5.40%
Terengganu 1,349 6.43%
Kelantan 1,646 7.85%
Sabah 1,602 7.64%
Sarawak 1,691 8.06%
Jumlah 20,967 100%

Pegawai dan anggota yang diambil telah ditempatkan di jabatan-jabatan di dalam PDRM seperti berikut:

Jabatan Bilangan Peratus
Jabatan Siasatan Jenayah

786

3.75%

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

575

2.74%

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil

299

1.43%

Cawangan Khas

482

2.30%

Keselamatan Dalam Negeri / Ketenteraman Awam

1,255

5.99%

Logistik

1,648

7.86%

Pengurusan

9,769

46.59%

Pasukan Petugas Khas

10

0.05%

Belum ada penempatan (masih menjalani latihan)

6,143

29.30%

20,967

100%

Tuan Yang Dipertua,

Sebilangan besar pegawai dan anggota ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah )IPD) dan balai-balai polis di seluruh negara bagi melaksanakan tugas-tugas pencegahan jenayah, rondaan, sekatan jalan raya dan pejabat pertanyaan.


Comments are closed.