RSS Subscription

Pertanyaan: Bukan Lisan

Daripada: YB Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh)

Soalan:

YB Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar menyatakan:

a) Berapakah keluasan tanah perkuburan di Putrjaya dan apakah pecahannya mengikut agama; dan

b) Pihak manakah yang telah diberikan kuasa untuk menyelenggarakan perkuburan bukan Islam di Putrajaya.

Jawapan:

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Seputeh, keluasan keseluruhan tanah perkuburan di Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah 192.38 hektar yang merangkumi:

  • Kawasan perkuburan (86.87 hektar);
  • Kemudahan sokongan perkhidmatan (7.22 hektar);
  • Landscap (60.48 hektar);
  • Utiliti (24.37 hektar); dan
  • Infrstruktur (13.08 hektar)

Keluasan tanah perkuburan di Wilayah Persekutuan Putrajaya mengikut pecahan agama pula adalah seperti berikut: 

  • 58.77 ha perkuburan Islam;
  • 11.41 ha perkuburan Buddha;
  • 3.18 ha perkuburan Hindu;
  • 5.07 ha perkuburan Kristan;
  • 1.40 ha perkuburan am;
  • 1.85 ha perkuburan Cina sedia ada;
  • 1.82 ha perkuburan Hindu sedia ada; dan
  • 3.37 ha perkuburan bukan Islam (future expansion).

Perbadanan Putrajaya adalah pihak yang telah diberikan kuasa untuk menyelenggarakan tanah perkuburan bukan Islam di Putrajaya.

Comments are closed.