RSS Subscription

DSC06929 small

Pada Sabtu yang lalu, saya menghadiri majlis khatan dan berkhatam Al-Quran di Masjid As Salam di Puchong. Lebih kurang 100 orang budak lelaki menyertai majlis berkhatan ini. Saya mengambil kesempatan bergambar bersama dengan mereka di hadapan bangunan masjid.

DSC06901 small

Saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata sebelum majlis berkhatan diadakan.Yang sedang duduk di belakang saya ialah nazir masjid Haji Yasim b Mohamad yang bercermin mata. Perempuan yang bertudung putih ialah Puan Hanim, ketua muslimat PAS Puchong yang juga merupakan penganjur program hari ini dan dan lelaki yang berpakaian baju hijau muda itu ialah suaminya Haji Sapiyah, Ahli Majlis MPSJ.

Di dalam ucapan saya, saya memberitahu budak-budak yang menyertai majlis berkhatan ini bahawa mereka telah pun dewasa selepas menjalani khatan. Saya menasihat mereka supaya mengikut ajaran agama dan ajaran daripada ibubapa mereka.

DSC06916 small

Budak-budak ini menyanyikan lagu “Potong” dari iklan P1 Wimax ketika berkompang masuk ke masjid . Saya kata saya amat tertarik dengan iklan Wimax yang menggunakan tema “potong” yang membawa dwi makna. Saya kata iklan kontroversial ini telah berjaya menarik perhatian orang ramai terhadap produknya.

DSC06915 small

DSC06890 SMALL

Saya difahamkan inilah kali pertama Masjid As Salam mengadakan majlis berkhatan walaupun telah siap dibina sejak lebih 4 tahun yang lalu . Puan Hanim amat gembira kerana terdapat lebih kurang 100 budak menyertai majlis berkhatan ini. Ini merupakan program yang paling berjaya setelah jawatankuasa masjid dan nazir masjid ini ditukar.

S6302735

Inilah bilik surgeri untuk khatan yang terletak di bahagain bawah bangunan masjid.

2 Responses to “Majlis Khatan Perdana & Khatam Al-Quran di Masjid As-Salam, Puchong”

  1. on 10 Dec 2009 at 12: 39.09 Rostam

    hihihii OMG OMG i still remember when i was small!!! lari tak nak kena potong hahahaha :-P

    thanks YB for your willingness to come for the ceremony… god bless

    ;-)

  2. on 14 Dec 2009 at 20: 21.14 hanim

    Thanks YB for your support our program. Ramai diantara ibubapa cukup gembira dengan kedatangan YB. Mereka kata walaupun YB bukan orang Islam tapi sempat datang untuk meraikan program tradisi orang Islam di Masjid khasnya,
    Sekali lagi saya sebagai Pengarah Program ingin mengucapkan ribuan terimakasih yang tidak terhingga atas komiment YB yang cukup tinggi untuk PAS di Puchong.