RSS Subscription

DSC06537 small

Semalam, Pusat Khidmat Kinrara saya telah menganjurkan satu program Periksa Badan Percuma dan Derma Darah di Dewan Serbaguna MPSJ  Taman Kinrara Seksyen 1 bagi penduduk setempat.

Pemeriksaan badan dan derma darah bermula seawal 8 pagi. Seramai 168 orang telah menjalani pemeriksaan darah, badan mata  dan kadar glukosa dalam darah secara percuma.

Pusat Perubatan Pantai  turut membantu dalam menyediakan alatan dan bantuan sokongan untuk mengendalikan program derma darah tersebut.

PB150925 small

Saya juga mengambil kesempatan untuk menguji darah saya di Dewan Serbaguna MPSJ Seksyen 1.

PB150910 small

Seorang warga emas sedang menjalani pemeriksaan  mata.

PB150908 small

Kakitangan Pusat Perubatan Pantai sedang mengambil darah daripada seorang penderma.

PB150922 small

Dr. Selva (berbaju merah) yang mempunyai klinik di Puchong bertugas sebagai doktor yang memeriksa.

PB150950 small

Seramai  13 orang telah menderma darah pada hari itu. Terima kasih kepada semua kerana menjayakan program ini.

Comments are closed.