RSS Subscription

Selamat Hari Malaysia ke-46!

malaysia day 2009

Pada pagi ini saya bersama rakan-rakan seperjuangan lain di kerajaan negeri Selangor telah menghadiri perhimpunan khas menyambut Hari Malaysia  di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam.

Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, Speaker Dewan Negeri Selangor YB Tuan Teng Chang Khim, dan Ahli Parlimen Kuala Selangor YB Dr Dzulkefli Ahmad telah berucap. Juga turut serta dengan ucapan daripada tetamu khas bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dan pemimpin masyarakat Sarawak Baru Bian.

Sudah 46 tahun semenjak Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak dan juga Singapura (sehingga 1965) bersetuju untuk bersatu dan membentuk negara Malaysia yang kita kenali pada hari ini. Semoga kita berusaha membawa lebih kemakmuran ke seluruh pelusuk negara kita tanpa mengira kaum dan agama.

Selamat Hari Malaysia.

Catatan tambahan: Terima kasih kepada pengkomen Dan dan Naesien kerana membetulkan bilangan tahun semenjak penubuhan Malaysia.

2 Responses to “Selamat Hari Malaysia ke-46!”

  1. on 16 Sep 2009 at 17: 41.05 naesian

    should be 46th, not 45th.

  2. on 16 Sep 2009 at 19: 21.16 dan

    YB,

    I think Selamat Hari Malaysia Ke-46.