RSS Subscription


From left: YB Lim Lip Eng (Segambut), YB Fong Kui Lun (Bukit Bintang), Yours Truly, my lawyer Sankara Nair.

My statement of claim:

DI DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR

DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA

(BAHAGIAN SIVIL)

GUAMAN SIVIL NO:

ANTARA

TERESA KOK SUH SIM …PLAINTIF

DAN

1. UTUSAN MELAYU SDN BHD

(NO. SYARIKAT: 007170-V)

2. MOHD ZAINI HASSAN …DEFENDAN
PENYATAAN TUNTUTAN

1. Plaintif ialah seorang Ahli Parlimen Malaysia, Ahli Dewan Undangan Negeri Kinrara dan Ahli Kanan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.

2. Defendan Pertama adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai alamat daftar di 46M, Jalan Lima, Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.

3. Defendan Kedua ialah kolumnis akhbar Utusan Malaysia.

4. Lebih kurang atau pada 10 September 2008, Defendan-defendan telah menyebabkan penerbitan atau telah menerbitkan di dalam akhbar Utusan Malaysia satu artikel bertajuk “Azan, Jawi, Jais, UiTM dan ba-alif-ba-ya” yang disalin semula di sini “JANGANLAH anggap apa yang saya tulis ini sebagai rasis atau berunsur perkauman. Dalam suasana Negara yang dipenuhi dengan isu sensitif perkauman sekarang, tulisan ini hanyalah sebagai satu ingatan kepada kita semua, terutamanya umat Islam.

Saya amat tertarik untuk merujuk kepada kenyataan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri D. Khir Toyo yang membangkitkan mengenai “ada usaha oleh pihak tertentu (di Selangor) yang cuba menasihatkan pihak masjid dan surau supaya tidak menggunakan pembesar suara semasa melaungkan azan”.

Bagi saya petikan itu pelik bunyinya. Bagi saya ia juga amat serius. Tidak pernah dalam sejarah 51 tahun merdeka, rakyat Malaysia sedang menghadapi situasi seperti ini. Selama ini kita – Melayu, Cina, India, Sikh dan lain-lain bangsa dan agama tidak pernah bercakap mengenai perkara itu. Kita hormat antara satu sama lain. Soal agama Islam terpelihara secara suci di dalam Perlembagaan Negara. Justeru, petikan semacam itu tidak pernah terlintas langsung atau termimpi and diucapkan.

Kini, ia berlaku. Ya benar, Dr. Khir bukan buat cerita mengarut. Ia benar-benar berlaku di Selangor. Orang Pas, yang kini mula menguasai jawatankuasa masjid and surau di situ pun tercengang. Orang UMNO yang masih lagi menganggotai jawatankuasa surau and masjid pun terkejut.

“Sampai macam itu sekali tindakan mereka,” kata seorang AJK sebuah surau di Shah Alam kepada saya Jumaat lalu. Beliau ialah sahabat lama saya, yang kami bertemu selepas solat Jumaat, lalu mengajak saya bersembang.

Sembang punya sembang, tiba-tiba beliau menyentuh mengenai soal suraunya. Katanya, kira-kira tiga bulan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Selangor, seorang Exco kerajaan negeri itu, yang juga seorang Ahli Parlimen dari parti DAP membuat kunjungan ke suraunya. Yang peliknya, YB wanita itu datang pada waktu sebelum subuh.

Tanpa rasa malu-malu atau rasa bersalah, dia menasihatkan pengurusan surau itu supaya tidak melaungkan azan dengan kuat menggunakan pembesar suara, terutama pada waktu subuh. Katanya,”hasil tinjauannya” pada waktu subuh itu, cuma ada imam, bilal dan dua tiga orang sahaja makmum.

“Kalau ada macam itu jangan kasi bangun oranglah (dengan azan)…”katanya kepada imam yang ada di situ.

Semua yang ada terus ‘terkedu’. Mereka berpandangan antara satu sama lain. YB yang baru tiga bulan menjadi Yang Berhormat itu tahukah apa yang dia cakap. Tidak sensitive langsungkah? Tidak sedarkah dia, kira-kira 90 peratus penduduk di kawasan itu ialah orang Melayu beragama Islam.

Jika diambil pendekatan isu yang berlaku sekarang, saya ingin bertanya, siapakah yang rasis? Siapakah yang perkauman? Dr. Khirkah, sayakah yang menulis Cuit ini? Atau, YB wanita berkaca mata itukah?

Sambil menulis kolum ini, saya menelefon seorang rakan saya, yang juga seorang YB dalam Pakatan Rakyat. Dia mengakui memang berlaku. Hasil perbualan saya, beliau berkata:”…bukan teruk lagi, dah jadi kurang ajar”.

Persoalan saya lagi, mengapa situasi seperti ini sudah mulai berlaku. Saya tidak mahu mengulas lanjut, biarlah pembaca budiman membuat analisis dan pernilaian sendiri.

Nak dijadikan cerita, tindakan YB wanita tu tidak habis di situ saja. Dia juga, dikatakan sedang ‘memaksa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menurunkan semua tulisan jawi di semua papan tanda jalan di Kuala Lumpur.

Sekali lagi ini cerita benar. Ia disahkan sendiri oleh rakan saya, YB dari Pakatan Rakyat itu. Sebagai ganti untuk menurunkan tulisan jawi itu, dia menuntut dinaikkan tulisan Cina dan Tamil bersama-sama tulisan rumi.

“Yang ekstremnya, YB wanita itu siap bawa ‘sample’ berserta spesifikasi papan tanda jalan tulisan Cina dan Tamil itu untuk ditunjukkan kepada pegawai DBKL,” kata rakan saya itu lagi.

Seperti yang saya Tanya di atas tadi, tidak sensitifkah YB wanita itu? Jawapan saya ialah, dia memang sengaja tidak mahu sensitif.

Melihatkan kepada senario ini, barulah kita tahu, siapa sebenarnya yang ‘menyuapkan’ ke mulut Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mengenai cadangan supaya diambil 30 peratus peruntukan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk digunakan bagi kegunaan agama-agama lain. Sekarang kita juga tahu siapa yang ‘memegang tali’ untukmenyuruh Khalid membuat kenyataan supaya pintu UiTM dibuka kepada 10 peratus penuntut bukan Melayu.

Yang jelas kita semua tahu, siapakah orang itu yang ‘berkobar-kobar’ membangkitkan isu babi Sepang, sebaik saja dia melangkah kaki menduduki bangunan SUK Selangor, tempoh hari.

Dan, sekarang baru kita juga tahu, suasana bercelaru yang sedang berlaku – yang terbaru mengenai isu perkauman atau rasis itu memang dirancang – secara sengaja, oleh pihak-pihak tertentu yang mahu melihat suasana Negara dan rakyat Malaysia tidak tenteram. Akhir kalam, semoga Allah menyelamatkan kita semua. Amin” (‘Artikel tersebut’) yang mana telah merujuk kepada Plaintif. Antara lain, Artikel tersebut keseluruhannya mengandungi kandungan fitnah terhadap Plaintif.

5. Artikel tersebut adalah dan merupakan fitnah dan/atau libel terhadap Plaintif dan di dalam maksud semula jadi dan biasa, bermaksud dan difahami bahawa, antara lain,

1. Plaintif ialah seorang bersifat perkauman;

2. Plaintif ialah seorang pentaksub agama dan kaum;

3. Plaintif ialah seorang yang tidak boleh dipercayai dan seorang ahli politik yang tidak boleh dipercayai dan jahat;

4. Plaintif ialah seorang yang tidak bertoleransi dan tidak berprinsip;

5. Plaintif ialah seorang ahli politik cauvinis yang anti-Islam dan anti-Melayu; dan

6. Plaintif telah melakukan kesalahan jenayah yang boleh dihukum dengan penjara.

6. Secara innuendo, Artikel tersebut adalah dan merupakan fitnah dan/atau libel terhadap Plaintif bermaksud dan difahami bahawa, antara lain:-

1. Plaintif ialah seorang bersifat perkauman;

2. Plaintif ialah seorang pentaksub agama dan kaum;

3. Plaintif ialah seorang yang tidak boleh dipercayai dan seorang ahli politik yang tidak boleh dipercayai dan jahat;

4. Plaintif ialah seorang yang tidak bertoleransi dan tidak berprinsip; dan

5. Plaintif ialah seorang ahli politik cauvinis yang anti-Islam dan anti-Melayu; dan

6. Plaintif telah melakukan kesalahan jenayah yang boleh dihukum dengan penjara.

7. Defendan-defendan telah menerbitkan Artikel tersebut dengan niat dan tujuan untuk memperkecilkan Plaintif di dalam kapasiti persendirian dan rasmi, termasuk kapasiti Plaintif sebagai Ahli Parlimen Malaysia, Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor dan Ahli Kanan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.

8. Tindakan Defendan-defendan tersebut adalah dan telah didorong oleh niat jahat yang nyata dan/atau niat jahat yang tersirat dan telah dibuat dengan niat jahat.

9. Defendan-defendan telah menerbitkan Artikel tersebut di dalam pengetahuan dan/atau dengan niat bahawa Artikel tersebut atau intipatinya akan diterbitkan di dalam media tempatan dan antarabangsa, melalui media elektronik dan bercetak, dan ianya juga diterbitkan semula di mana-mana sahaja dan/atau telah membenarkan ulangannya. Selanjutnya dan/atau secara alternatif, penerbitan semula tersebut merupakan akibat semulajadi dan kebarangkalian dairpada penerbitan asal oleh Defendan-defendan.

10. Artikel tersebut telah diterbitkan semula dan atau disebarkan secara meluas dan atau diedarkan di dalam Malaysia dan kepada seluruh dunia melalui servis dalam talian Defendan-defendan.

11. Oleh kerana penerbitan Artikel tersebut oleh Defendan-defendan dan selanjutnya penerbitan semula seperti di atas, reputasi Plaintif telah mengalami kerosakan yang amat teruk dan telah menyebabkan kerosakan yang tidak boleh diperbaiki di dalam karakter Plaintif, kredit dan reputasinya di dalam negeri dan antarabangsa dan telah menjadi skandal umum, kebencian ramai dan penghinaan dan Plaintif telah mengalami distress yang berpatutan, kebimbangan dan malu, yang mana Plaintif berhak kepada gantirugi teladan.

12. Plaintif akan bergantung kepada fakta-fakta berikut sebagai memburukkan lagi fitnah tersebut:-

BUTIR-BUTIR

1. Takat penerbitan Artikel tersebut atau intipatinya telah terdapat di, antara lain, akhbar bahasa melayu Utusan Malaysia dan lain-lain akhbar;

2. Defendan-defendan telah mengetahui dan/atau sepatutnya mengetahui dan/atau telah berniat bahawa Artikel tersebut atau intipatinya akan diterbitkan di dalam media dan diterbitkan semula di dalam negeri dan antarabangsa dan/atau membenarkan di dalam pengulangan penerbitan tersebut; dan

3. Defendan-defendan telah enggan untuk meminta maaf dan berterusan untuk berdegil.

13. Plaintif akan bergantung kepada fakta-fakta berikut menyokong tuntutan Plaintif untuk gantirugi teladan:-

BUTIR-BUTIR

1. Artikel tersebut secara sendirinya membuktikan keadaan yang begitu serius dan merosakkan dan secara melulu dibuat oleh Defendan-defendan;

2. Defendan-defendan telah berucap dan telah menyebabkan Artikel tersebut diterbitkan dan diterbitkan semula seperti yang diplidkan di atas walaupun Plaintif telah menafikan sekeras-kerasnya alegasi-alegasi dan innuendo-innuendo yang sama;

3. Defendan-defendan telah menyebabkan penerbitan dan penerbitan semula Artikel tersebut dengan niat yang nyata untuk merosakkan reputasi dan kedudukan Plaintif, secara politik tanpa terlebih dahulu membuat pertanyaan yang betul dan efektif mengenai kebenaran dan ketepatan Artikel tersebut;

4. Defendan-defendan telah menyebabkan penerbitan Artikel tersebut setelah mengetahui bahawa Defendan-defendan berbuat demikian untuk mendapatkan kelebihan melalui penerbitan tersebut dan penerbitan semula Artikel tersebut untuk memperolehi publisiti murahan.

5. Plaintif ialah Ahli Kanan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.

14. Plaintif melalui peguamcaranya Tetuan S.N.Nair & Partners telah pada 15 September 2008 menuntut daripada Defendan supaya menarik balik, meminta maaf dan gantirugi tetapi Defendan telah enggan melakukannya.

15. Kecuali dihalang oleh Mahkamah yang mulia ini, Defendan-defendan berniat untuk meneruskan dan akan selanjutnya menerbitkan kata-kata menyinggung tersebut atau perkataan fitnah yang sama terhadap Plaintif.

16. OLEH YANG DEMIKIAN, Plaintif memohon relif-relif berikut terhadap Defendan-defendan;

1. Gantirugi pampasan sebanyak RM30,000,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Juta) sahaja;
2. Gantirugi Teruk (‘Aggravated Damages’);
3. Gantirugi Teladan (Exemplary damages’);
4. Injunksi untuk menahan Defendan-defendan sama ada menerusi Defendan-defendan sendiri, agen dan/atau pekerja dan/atau sesiapapun daripada melafazkan, bercakap atau menerbitkan Artikel tersebut atau kata-kata yang mempunyai kesan terhadap Plaintif atau kandungan atau kata-kata yang sama memfitnah Plaintif;
5. Faedah sebanyak 8% ke atas jumlah penghakiman dari tarikh pemfailan saman sehingga penyelesaian penuh;
6. Kos, di atas dasar peguamcara dan anakguam; dan
7. Apa-apa relif yang Mahkamah anggap perlu dan suaimanfaat.

Bertarikh pada haribulan 2008

Peguamcara Plaintif

Pernyataan Tuntutan ini telah difailkan oleh Tetuan S.N.Nair & Partners peguamcara Plaintif yang beralamat penyampaian di J-05-01, No.2, Jalan Solaris, Solaris Mon’t Kiara, 50480 Kuala Lumpur.

Tel:0362036593/92 Faks: 03-62036594 Ruj: SNN/YBT/UTUSAN/08


TRANSLATION

IN THE HIGH COURT OF MALAYA AT KUALA LUMPUR

IN WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA

(CIVIL DIVISION)

CIVIL SUIT NO._____________________

BETWEEN

TERESA KOK SUH SIM …PLAINTIFF
AND

1. UTUSAN MELAYU SDN BHD(NO. SYARIKAT: 007170-V)

2. MOHD ZAINI HASSAN …DEFENDANT


STATEMENT OF CLAIM

1. The Plaintiff is a Member of Parliament Malaysia, State Assembly Woman for Kinrara and Senior State Executive Council Member of the State of Selangor.

2. The First Defendant is a company incorporated in Malaysian under the Companies Act 1965 and having its registered address at 46M, Jalan Lima, Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.

3. The Second Defendant a columnist of Utusan Malaysia newspaper.

4. On or about 10 September 2008, the Defendants caused to be published or published in the Utusan Malaysia newspaper, an article captioned “Azan, Jawi, Jais, UiTM dan ba-alif-ba-ya” which is reproduced herein “JANGANLAH anggap apa yang saya tulis ini sebagai rasis atau berunsur perkauman. Dalam suasana Negara yang dipenuhi dengan isu sensitif perkauman sekarang, tulisan ini hanyalah sebagai satu ingatan kepada kita semua, terutamanya umat Islam.Saya amat tertarik untuk merujuk kepada kenyataan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri D. Khir Toyo yang membangkitkan mengenai “ada usaha oleh pihak tertentu (di Selangor) yang cuba menasihatkan pihak masjid dan surau supaya tidak menggunakan pembesar suara semasa melaungkan azan”.

Bagi saya petikan itu pelik bunyinya. Bagi saya ia juga amat serius. Tidak pernah dalam sejarah 51 tahun merdeka, rakyat Malaysia sedang menghadapi situasi seperti ini. Selama ini kita – Melayu, Cina, India, Sikh dan lain-lain bangsa dan agama tidak pernah bercakap mengenai perkara itu. Kita hormat antara satu sama lain. Soal agama Islam terpelihara secara suci di dalam Perlembagaan Negara. Justeru, petikan semacam itu tidak pernah terlintas langsung atau termimpi and diucapkan.

Kini, ia berlaku. Ya benar, Dr. Khir bukan buat cerita mengarut. Ia benar-benar berlaku di Selangor. Orang Pas, yang kini mula menguasai jawatankuasa masjid and surau di situ pun tercengang. Orang UMNO yang masih lagi menganggotai jawatankuasa surau and masjid pun terkejut.

“Sampai macam itu sekali tindakan mereka,” kata seorang AJK sebuah surau di Shah Alam kepada saya Jumaat lalu. Beliau ialah sahabat lama saya, yang kami bertemu selepas solat Jumaat, lalu mengajak saya bersembang.

Sembang punya sembang, tiba-tiba beliau menyentuh mengenai soal suraunya. Katanya, kira-kira tiga bulan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Selangor, seorang Exco kerajaan negeri itu, yang juga seorang Ahli Parlimen dari parti DAP membuat kunjungan ke suraunya. Yang peliknya, YB wanita itu datang pada waktu sebelum subuh.

Tanpa rasa malu-malu atau rasa bersalah, dia menasihatkan pengurusan surau itu supaya tidak melaungkan azan dengan kuat menggunakan pembesar suara, terutama pada waktu subuh. Katanya,”hasil tinjauannya” pada waktu subuh itu, cuma ada imam, bilal dan dua tiga orang sahaja makmum.

“Kalau ada macam itu jangan kasi bangun oranglah (dengan azan)…”katanya kepada imam yang ada di situ.

Semua yang ada terus ‘terkedu’. Mereka berpandangan antara satu sama lain. YB yang baru tiga bulan menjadi Yang Berhormat itu tahukah apa yang dia cakap. Tidak sensitive langsungkah? Tidak sedarkah dia, kira-kira 90 peratus penduduk di kawasan itu ialah orang Melayu beragama Islam.

Jika diambil pendekatan isu yang berlaku sekarang, saya ingin bertanya, siapakah yang rasis? Siapakah yang perkauman? Dr. Khirkah, sayakah yang menulis Cuit ini? Atau, YB wanita berkaca mata itukah?

Sambil menulis kolum ini, saya menelefon seorang rakan saya, yang juga seorang YB dalam Pakatan Rakyat. Dia mengakui memang berlaku. Hasil perbualan saya, beliau berkata:”…bukan teruk lagi, dah jadi kurang ajar”.

Persoalan saya lagi, mengapa situasi seperti ini sudah mulai berlaku. Saya tidak mahu mengulas lanjut, biarlah pembaca budiman membuat analisis dan pernilaian sendiri.

Nak dijadikan cerita, tindakan YB wanita tu tidak habis di situ saja. Dia juga, dikatakan sedang ‘memaksa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menurunkan semua tulisan jawi di semua papan tanda jalan di Kuala Lumpur.

Sekali lagi ini cerita benar. Ia disahkan sendiri oleh rakan saya, YB dari Pakatan Rakyat itu. Sebagai ganti untuk menurunkan tulisan jawi itu, dia menuntut dinaikkan tulisan Cina dan Tamil bersama-sama tulisan rumi.

“Yang ekstremnya, YB wanita itu siap bawa ‘sample’ berserta spesifikasi papan tanda jalan tulisan Cina dan Tamil itu untuk ditunjukkan kepada pegawai DBKL,” kata rakan saya itu lagi.

Seperti yang saya Tanya di atas tadi, tidak sensitifkah YB wanita itu? Jawapan saya ialah, dia memang sengaja tidak mahu sensitif.

Melihatkan kepada senario ini, barulah kita tahu, siapa sebenarnya yang ‘menyuapkan’ ke mulut Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mengenai cadangan supaya diambil 30 peratus peruntukan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk digunakan bagi kegunaan agama-agama lain. Sekarang kita juga tahu siapa yang ‘memegang tali’ untukmenyuruh Khalid membuat kenyataan supaya pintu UiTM dibuka kepada 10 peratus penuntut bukan Melayu.

Yang jelas kita semua tahu, siapakah orang itu yang ‘berkobar-kobar’ membangkitkan isu babi Sepang, sebaik saja dia melangkah kaki menduduki bangunan SUK Selangor, tempoh hari.

Dan, sekarang baru kita juga tahu, suasana bercelaru yang sedang berlaku – yang terbaru mengenai isu perkauman atau rasis itu memang dirancang – secara sengaja, oleh pihak-pihak tertentu yang mahu melihat suasana Negara dan rakyat Malaysia tidak tenteram. Akhir kalam, semoga Allah menyelamatkan kita semua. Amin” (‘the said Article’) which referred to the Plaintiff. Inter alia, the said Article contained defamatory contents about the Plaintiff.

5. The said Article were and are defamatory and or libelous of the Plaintiff and in their natural and ordinary meaning, meant and were understood to, inter alia, mean that:

1. the Plaintiff is a racist;

2. the Plaintiff is a religious and racial bigot;

3. the Plaintiff is an untrustworthy person as well as an untrustworthy and a bad politician;

4. the Plaintiff is intolerant and unprincipled;

5. the Plaintiff is a chauvinistic politician who is anti-Islam and anti-Malay; and

6. the Plaintiff has committed a criminal offence which is punishable with imprisonment.

6. By innuendo, the said Article were and are defamatory and or libelous of the Plaintiff and were meant and were understood to, inter alia, mean that:

1. the Plaintiff is a racist;

2. the Plaintiff is a religious and racial bigot;

3. the Plaintiff is an untrustworthy person as well as an untrustworthy and a bad politician;

4. the Plaintiff is intolerant and unprincipled;

5. the Plaintiff is a chauvinistic politician who is anti-Islam and anti-Malay; and

6. the Plaintiff has committed a criminal offence which is punishable with imprisonment.

7. The Defendants published the said Article with the intention calculated to disparage the Plaintiff in both her private and official capacities, including her capacity Member of Parliament Malaysia, Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor and Senior State Executive Council Member of the State of Selangor.

8. The Defendants’ act are and were actuated by express malice and or implied malice and done in bad faith.

9. The Defendants has published the said Article in the knowledge and/or with the intention that the said Article or their gist would be published in the local and international media, both electronic and the press, and republished elsewhere and / or authorized their repetition. Further and/or alternatively, the republication was a natural and probable consequence of the original publication by the Defendants.

10. The said Article were republished and or disseminated widely and or circulated in Malaysia and to the world at large through Defendants’ online services.

11. By reason of the publication of the said Article by the Defendants and its subsequent republication as set forth hereinbefore, the Plaintiff’s reputation has been gravely injured and has caused irreparable damage to the Plaintiff’s character, credit and reputation both nationally and internationally and has been brought into public scandal, odium and contempt and the Plaintiff has suffered considerable distress, anxiety and embarrassments, entitling her to aggravated and exemplary damages.

12. The Plaintiff will rely on the following facts and matters as aggravating the defamation:


PARTICULARS

1. The extent of the publication of the said Article or their gist appeared in, inter alia: a malay newspaper Utusan Malaysia and in other newspapers.

2. The Defendants knew and/or ought to have known and/or intended that the said Article or their gist would be published in the media and republished nationally and internationally and/or authorised their repetition.

3. The Defendants have refused to apologise and continues to be defiant.

13. The Plaintiff will rely upon the following facts and matters in support of her claim for exemplary damages: –

PARTICULARS

(a) the said Article were self-evidently of the most serious and damaging nature and recklessly made by the Defendants;

(b) the Defendants caused the said Article to be published and republished as adverted to hereinbefore despite the Plaintiff having vehemently denied similar allegations or innuendos at all material times in the past.

(c) the Defendants caused to be published and republished the said Article with the express intention of damaging the Plaintiff’s reputation and standing, politically without first making effective and proper queries into the truth and veracity of the said Article.

4. the Defendants published the said Article having calculated to gain undue advantage by the publication and republication of the said Article for cheap publicity.

5. The Plaintif is a Senior State Executive Council Member of the State of Selangor.

14. The Plaintiff through his solicitors M/s S N Nair & Partners on 15 September 2008 demanded from the Defendants a retraction, apology and damages but the Defendants refused to do the same.

15. Unless restrained by this Honourable Court, the Defendants intend to continue and will further utter and publish or cause to be published, the offending or similar Article defamatory of the Plaintiff.

16. WHEREFORE , the Plaintiff prays for the following reliefs against the Defendant.

1. Compensatory Damages of RM30,000,000.00
2. Aggravated Damages;
3. Exemplary Damages;

(d) An injunction to restrain the Defendants whether by themselves, their agents and/or servants or otherwise howsoever from further uttering, speaking or publishing the said Article or words to the like effect of or concerning the Plaintiff or similar contents or words defamatory of the Plaintiff;

(e) Interest at the rate of 8 percent on the adjudged sums from the date of filing of writ till date of realization;

(f) Costs, on a solicitors and clients basis; and

(g) Any further or other relief deemed fit and proper by this Honourable Court.

Dated this day of 2008

———————————————–

Solicitors for the Plaintiff abovenamed


I met Tan Yew Kew, former MCA deputy minister of MITI at the court complex canteen. She was there to give Anwar Ibrahim support.

9 Responses to “My Suit Against Utusan & Zaini Hassan”

  1. on 09 Oct 2008 at 17: 38.01 tailik

    Teresa,
    u’ve did d right thing, sue them & teach rejim racist umno a lesson ‘not to tell lies & play up race/religion issue’
    Rejim racist umno always play up racial/religion cards whenever rejim is being weak/attack BUT d malays is not buying up their propaganga anymore ! this has made rejim racist umno panick & desprate !
    hahaa…..

  2. on 09 Oct 2008 at 18: 40.50 eagle

    Good YB, We will see whether this Mohd Zaini Hassan “terkedu” kena saman. Let see who will protect him. Hopefully he realizes that the sky is too high and he is only the UMNO goons scapegoat and their fall guy then we make him eat his own sh…!!!
    Keep boycotting Utusan Melayu, a paper not worth reading as it is full of ‘fitnah’.All the best YB.

  3. on 09 Oct 2008 at 19: 10.33 Sabahfan

    Yes Mr eagle…

    Sabah automatically boycot that newspaper, I tried looking for it but with difficulty… Tak laku langsung di sabah.

    Not even worthy of being used as fish wrappers or toilet paper.

  4. on 09 Oct 2008 at 19: 17.17 middleground

    No one is above the law, these 2 parties concerned, Zaini Hassan and Utusan Malaysia, were hiding behind the shield of their political masters. Sue them,sue them, until their pants come off. Old style bullying mentality, sick tactics using race and religious issues to smear the good name of decent politician, should not be encouraged. Let this be a test case, to enhance the growth of a new era in Malaysian politics…integration of races and equality for all.

  5. on 09 Oct 2008 at 22: 44.45 Anak Sarawak

    YB Teresa

    It seems that this is the only avenue available for you to seek pure justice in our country. Even then, we the beloved people in East Malaysia understand about you. We do not believe all what has been written against and portrayed about you. Government newspapers are the only tools used to chisel the minds of the fools. It is a thing of the past.

    You have good grounds in your case. Execute the Judgment, wind up Utusan, make ZH bankrupt. Make them pay for your ordeal and sufferings in the 6′ x 8′ cubicle. I called them whores, paid and f… by those political United Monkeys with No Otaks.

    Again, not a known popular paper in this part of the country.

  6. on 10 Oct 2008 at 09: 04.45 khairi ali

    Hi MP, If I’m not mistaken you r being ISAed because of those issues. But u do not wish to ISAed them. Thats because u want ISA to be abolished. So u opted for money, because in democracy justice and open court is everything

    But is democracy justice only about money? (PS : this course of action is taken because they refused to apologise.)

    Please enlightened me how do you compute your claim totalled rm30m

  7. on 10 Oct 2008 at 10: 52.28 B_Human

    Dear YB Teresa

    I support yr action! May God bless u and yr family

    By the way, Saudara Khairi Ali thank you so much for yr kind concern about our nation issues like ISA and democracy in M’sia and particularly hal ehwal YB Teresa.

    Tentang RM30M, I think YB Teresa does not hv “ilmu” to enlighten you in this issue. My suggestion to you u may get real enlightenment about Money… fm ex Menteri Besar of Selangor dibawah naungan BN. They can pass their so call ilmu Wang (money)to you if you really interested this enlightenment. Hope you will find the enlightenment and all the best to you

  8. on 11 Oct 2008 at 09: 31.46 lee wee tak

    Khairi,

    In these kind of defamation law suit, a big, very big figure is claimed as a tactic to highlight that this is a big big issue. The amount to is to grab people’s attention, especially the defendant’s one (and maybe deter them for a while not to write similar articles before the tria is comleted). Just look at other libel and slander cases, wild figures are the norm.

    When the trial is over and the judge makes a ruling, then he or she will decide on the actual quantum to award, and usually it is very far from the actual claim. The judge would look at the actual losses suffered and calculate accordingly.

    Don’t worry, Teresa is not looking for a lump sum payment to retire. It is just to tell Utusan that you have made a serious error.

    Whatever amount of fine, is up to the judge. Wait and see.

  9. […] fingered Teresa Kok in an article that developed into a controversy about a mosque, which became a RM30 million defamation suit pending […]