RSS Subscription

Semasa seluruh negara membuat persiapan menyambut perayaan Hari Raya Puasa keesokan hari, saya ingin menyampaikan salam tulus ikhlas kepada rakyat Malaysia berugama Islam.

Rakyat Malaysia tidak kira kepercayaan ugama dan kaum akan bersama-sama dengan saudara-saudari berugama Islam meraikan perayaan dan memperkukuhkan pertalian mesra antara-ugama dan antara-kaum.

Budaya majmuk unik kita membolehkan kita saling menyambut pelbagai perayaan-perayaan dalam keadaan meriah dan persaudaraan tulin.

Sambil kita bermeriah, harus kita memperingati mereka yang kurang bernasib baik di kalangan kita dan meluhurkan bantuan kepada mereka yang miskin dan berkeperluan.

Saya menyeru kesemua rakyat Malaysia supaya bersatupadu apabila kita menghadapi kekecohan ekonomi yang timbul akibat kemelesetan  ekonomi Wall Street.

Kita perlu terus bersatu untuk menyelesaikan segala masalah dan kerumitan ekonomi-sosial dengan cara-cara yang aman dan demokratik.

Keseluruhan dunia kini mengalami cabaran-cabaran yang sungguh rumit dan kita perlu menumpukan segala tenaga kita untuk menghadapi cabaran-cabaran tersebut dan tidak terperangkap dalam pergaduhan dan perselisihan remeh-temeh.

Saya mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidil Fitri - Maaf Zahir dan Batin”

Send post as PDF to PDF | PDF Creator | PDF Converter

Share/Save/Bookmark

3 Responses to ““Selamat Hari Raya Aidil Fitri - Maaf Zahir dan Batin””

  1. on 30 Sep 2008 at 13: 21.33 malaysian4malaysia

    got open house?
    MP?

    i hope all malaysian can celebrate this Raya without what is our skin colour!

    Selamat Hari Raya Aidil Fitri - Maaf Zahir dan Batin

    From
    GoMalaysian.Blogspot.Com

  2. on 30 Sep 2008 at 14: 43.40 Zubli Zainordin

    Sesama kita raikan hari baik ini, semoga 1 Syawal membawa keberkatan baru kepada hasrat yang YB Teresa Kok nyatakan dalam pos ini.

  3. on 30 Sep 2008 at 21: 43.37 ventura

    “Kepada kalangan semua penduduk - penduduk blogger hari ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Puasa jikalau pertuturan komen saya menyinggung perasaan sekalian. Sebagai satu rakyat bebas kita cuma memberi citarasa perasaaan kita dalam tulisan untuk mengeluarkan isi hati. Serta mempertingkatankan idea dan berkongsi pengalaman.

    Ampun, Maaf Zahir dan Batin! “ - ventura

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.