RSS Subscription

Kenyataan Akhbar Oleh Teresa Kok

Calon Bagi Kawasan Parlimen Seputeh dan DUN Kinrara Pada 2 Mac 2008 Cara Berita Harian Yang Memutar-Belitkan Kenyataan Saya Dan Melaga-lagakan Hubungan DAP dan PAS Adalah Amat Tidak Beretika dan Tidak Professional Saya merasa terkejut untuk membaca laporan akhbar Berita Harian pada 1 Mac 2008 yang menyatakan saya “mendakwa cara PAS berkempen tidak menggmbarkan ‘etika’ berpolitik sebenar serta tidak beradab kerana PAS kerap menyentuh peribadi seseorang untuk dijadikan bahan berkempen.” Persoalannya ialah, saya langsung tidak pernah membuat kenyataan sebegini. Sebenarnya, saya tidak pernah membuat apa-apa kenyataan mengenai PAS di sepanjang tempoh kempen pilihan raya saya. Saya merasa amat hairan dan tidak faham kenapakah Berita Harian memasukkan kenyataan yang bukan-bukan ke dalam mulut saya. Apakah ini menunjukkan Berita Harian digunakan oleh UMNO dan BN untuk melaga-lagakan PAS dan DAP? Bukankah ini adalah amat tidak beretika dan tidak professional? Dua perenggan terakhir dalam laporan Berita Harian tersebut memetik kenyataan saya mengenai kritikan Chew Mei Fun, calon PJ Utara terhadap calon DAP Tony Pua, sebenarnya apa yang saya pernah kata dalam sidang akhbar pada 29 Februari ialah saya mengkritik Chew Mei Fun melakukan serangan peribadi terhadap Tony Pua dan saya berkata Chew perlu meminta maaf daripada Tony Pua. Dalam sidang akhbar saya, saya pernah berkata MCA dan BN suka mengadakan kempen yang mengkritik keperibadian calon lawan, dan saya merujuk kenyataan yang dibuat oleh Chew Mei Fun terhadap Tony Pua, di mana Chew dilaporkan menyifat Tony Pua sebagai pakar ekonomi bubble dan mengesyaki kebolehan dan kepakaran Tony Pua. Saya merasa kesal cara Berita Harian yang menggunakan kritikan saya terhadap Chew Mei Fun dan MCA ke atas PAS, yang amat tidak beretika dan professional. Saya ingin minta Berita Harian memohon maaf kepada saya atas laporan palsu ini, sekiranya tidak, saya akan berbincang dengan peguam saya mengenai tindakan undang-undang terhadap Berita Harian. Teresa Kok

http://www.bharian.com.my/Saturday/Nasional/20080301123021/Article/ind ex_html

Wanita DAP dakwa Pas tak beretika

PUCHONG: Pakatan pembangkang yang sebelum ini mendakwa mempunyai hubungan kukuh bagi merealisasikan sasaran mengurangkan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-12, bakal bergolak selepas Setiausaha Wanita DAP, Teresa Kok Suh Sim mengeluarkan kenyataan memperlekehkan Pas.

Teresa yang terkenal dengan kelantangannya, mendakwa cara Pas berkempen tidak menggambarkan `etika’ berpolitik sebenar serta tidak beradab kerana parti itu (Pas) kerap menyentuh peribadi seseorang untuk dijadikan bahan berkempen.

Katanya, pendekatan kempen yang digunakan Pas tidak profesional kerana terlalu fokus kepada isu peribadi dan ini berbeza dengan DAP yang lebih suka berkempen menggunakan isu nasional seperti pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dengan menyertakan ideologi politiknya.

“Pengundi kini bukannya seperti dulu yang gemar mendengar kutukan atau gosip terhadap individu sebaliknya mereka hanya mahu mengetahui jenis pembangunan serta perjuangan parti.“Saya tidak hairan kalau rakyat menolak perjuangan parti serta pemimpin seperti itu dalam pilihan raya kali ini. Golongan seperti itu memang patut ditolak,” katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan ke Taman Kinrara di sini, semalam.

Kok sebelum itu diminta mengulas kenyataan Naib Ketua Wanita MCA, Datuk Chew Mei Fun yang didakwa membuat serangan peribadi terhadap pesaingnya Tony Pua Kiam Wee (DAP) bagi kerusi Parlimen PJ Utara.

http://www.bharian.com.my/Saturday/Nasional/20080301123021/Article/ind ex_html

Send post as PDF to PDF | PDF Creator | PDF Converter

Share/Save/Bookmark

3 Responses to “Laporan Berita Harian Yang Memutar-Belitkan Kenyataan Teresa Kok Adalah Amat Tidak Beretika”

  1. on 02 Mar 2008 at 16: 45.45 malaysian4malaysia

    they already conctrol newspaper…
    what to say…sad :(

    ((( 2008 Election Should Know!!! )))

  2. on 04 Mar 2008 at 11: 50.26 mysn1st

    Cik Teresa,

    Akhbar tempatan menang tidak cukup Pro dan berat sebelah. Marilah kita sama-sama beritahu kepada pembaca akhbar bahawa mereka harus cukup peka semasa membaca.

  3. on 05 Mar 2008 at 11: 59.52 mytynat

    not professional at all…keep up teresa

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.