RSS Subscription

Tarikh : 06.09.2007
Soalan : 13

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan berapa buah syarikat penyumberan luaran (outsourcing) pekerja asing yang aktif di Malaysia dan syarat untuk lessen penyumberan luaran (outsourcing) pekerja asing tersebut. Apakah undang-undang yang mengawal selia syarikat pekerja asing.


JAWAPAN :

Tuan Yang Di Pertua,

Kerajaan telah meluluskan permit kepada 224 buah syarikat Outsourcing bagi membawa masuk pekerja asing bekerja di Malaysia. Syarikat Out-sourcing ini adalah bertindak selaku majikan kepada pekerja-pekerja asing tersebut.

Permit untuk melakukan aktiviti Out-sourcing pekerja asing adalah dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sebagaimana yang dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Pekerja Asing (JKK-PA) pada 5 Julai 2005.

Untuk mendapatkan kelulusan permit Out-sourcing pekerja asing, Syarikat yang memohon hendaklah sebuah Syarikat Sendirian Berhad dengan modal berbayar syarikat tidak kurang daripada RM100,000.00, manakala ekuiti syarikat dimiliki sepenuhnya oleh warganegara Malaysia dan saham majoriti dipegang oleh Bumiputera.

Setelah dikeluarkan lessen, syarikat berkenaan bertanggungjawab untuk melaksanakan beberapa syarat lessen Out-sourcing yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal dalam Negeri iaitu:

(a) Syarikat meletakkan deposit / bank guarantee / insurance guarantee sebagai jaminan kepada Kerajaan. Deposit atau guarantee ini akan disita jika syarikat didapati meyalahgunakan syarat-syarat kelulusan. Deposit / bank guarantee / insurance guarantee yang dikenakan adalah sebanyak RM500.00 bagi setiap pekerja asing yang diluluskan untuk dibawa masuk;
(b) Syarikat bertanggungjawab untuk menguruskan kemasukan pekerja asing ke Malaysia termasuk melakukan perkara-perkara berikut:
(i) membayar levi kepada Kerajaan;
(ii) memastikan setiap pekerja asing yang dibawa masuk telah menjalani kursus unduksi di Negara sumber;
(c) Sebelum kelulusan bilangan pekerja asing diperolehi syarikat hendaklah membuktikan dokumen kontrak atau surat niat dari syarikat pelanggan;
(d) Syarikat hanya dibenarkan untuk menempatkan pekarja asing ke dalam sector yang dibenarkan seperti yang dinyatakan dalam surat kelulusan sahaja. Penempatan pekerja asing ke sector-sektor yang lain adalah tidak dibenarkan melainkan syarikat tersebut mendapat kelulusan bertulis daripada Kementerian Hal Ehwal Dalam negeri;
(e) Syarikat hendaklah melaporkan maklumat mengenai pekerja asing yan gdigaji kepada Ketua Pengarah. Jabatan Tenaga Kerja dalam masa 14 hari daripada tarikh penggajian mengikut Seksyen 60A Akta Kerja 1955;
(f) Syarikat hendaklah menyediakan rekod lengkap mengenai pekerja asing yang digaji. Syarikat hendaklah mengemukakan laporan berkala pada setiap 7 haribulan pada setiap bulan kepada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Imigresen Malaysia;
(g) Syarikat tidak dibenarkan membekalkan perkhidmatan kepada syarikat-syarikat yang telah memberhentikan pekerja tempatan atau boleh menyebabkan pekerja tempatan diberhentikan;
(h) Syarikat hendaklah mematuhi segala peruntukan undang-undang dan peraturan berkaitan dengan penggajian pekerja;
(i) Syarikat hendaklah menghantar balik pekerja asing jika tidak mampu menyediakan pekerjaan dalam tempoh enam bulan atau sekiranya pekerja tersebut disahkan tidak sihat (unfit), melanggar peraturan atau undang-undang;
(j) Syarikat hendaklah sentiasa memastikan bahawa modal berbayar syarikat tidak kurang daripada RM100,000.00 dan ekuiti syarikat dimiliki sepebuhnya oleh warganegara Malaysia dan saham majority dipegang oleh Bumiputera;
(k) Syarikat-syarikat principal (business undertaking) dimestikan membuat bayaran perkhidmatan kepada syarikat membekal dan mengurus (out-sourcing) pada setiap hujung bulan perkhidmatan diberikan; dan
(l) Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

Pihak kerajaan berhak membatalkan kelulusan yang diberikankepada syarikat dan menyita wang deposit Bank Guarantee / Insurans Guarantee pada bila-bila masa apabila syarikat didapati gagal mematuhi atau melanggar mana-mana syarat kelulusan yang dinyatakan di atas. Ini adalah satu bentuk mekanisma kawalan oleh Kerajaan bagi memastikan syarikat-syarikat Out-sourcing tidak melanggar sebarang syarat atau dasar yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dalam urusan oengambilan dan pembekalan pekerja asing.

One Response to “Pernyataan Atas Berapa Buah Syarikat Penyumberan Luaran Pekerja Asing Yang Aktif Di Malaysia Dan Syarat Untuk Lesen Penyumberan Luaran Pekerja Asing Tersebut”

  1. on 11 Sep 2007 at 18: 51.18 lee wee tak

    “….saham majoriti dipegang oleh Bumiputera.”

    how to open up the economy if this is mandatory to all outsourcing companies? To ensure 30% equity, you need not “majority” shareholding which is 50% + 1 shares. At this rate, how can we claim that the bumi shareholding is only around 18%?

    A Chinese investor told me that the biggest annoyance to her is the majority bumi shareholding.